Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

oBike harus padamkan data pelanggan, tegas Iswaran

oBike melantik syarikat FTI yang berpangkalan di Amerika Syarikat sebagai penyelesai sementara pada minggu lalu.

Anggaran Waktu Membaca:
oBike harus padamkan data pelanggan, tegas Iswaran

(Gambar: Amir Yusof)

Diterbitkan : 10 Jul 2018 08:02PM Dikemas Kini : 10 Jul 2018 08:06PM

SINGAPURA: Pengendali basikal sewa oBike dikehendaki memadamkan data pelanggannya selepas syarikat itu gulung tikar jika ia tiada rancangan dari segi undang-undang atau perniagaan untuk menyimpannya. Ini ditegaskan oleh Menteri Perhubungan dan Penerangan S Iswaran hari ini (10 Julai).

Dalam jawapan bertulisnya kepada pertanyaan Anggota Parlimen Cheng Li Hui, Encik Iswaran menegaskan bahawa oBike, sama seperti perniagaan lain di Singapura, perlu mematuhi undang-undang berhubung perlindungan data di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi (PDPA), meskipun syarikat itu sedang dalam proses pembubaran.

“PDPA perlu dipatuhi oleh sesebuah syarikat yang sedang melalui proses pembubaran. Sekiranya terdapat penyelesai yang dilantik, penyelesai itu juga harus memastikan syarikat yang sedang menjalani pembubaran terus mematuhi PDPA,” kata Encik Iswaran.

“Data peribadi para pelanggan di Singapura tidak boleh digunakan sebagai aset dan dijual tanpa pengetahuan mereka,” tambah beliau.

oBike melantik syarikat FTI yang berpangkalan di Amerika Syarikat sebagai penyelesai sementara pada minggu lalu.

Encik Iswaran turut menjelaskan bahawa apabila sesebuah syarikat melalui proses pembubaran, penyelesai syarikat tersebut boleh menjual sebahagian atau seluruh syarikat, aset atau perniagaannya. Sekiranya berlaku perkara sedemikian, data para pelanggan yang relevan secara langsung dengan urus niaga itu mungkin dipindahkan kepada pihak yang mengambil alih syarikat tersebut.

Bagaimanapun, beliau turut menekankan bahawa di bawah PDPA, para pelanggan harus dimaklumkan bahawa data peribadi mereka sudah dipindahkan.

“Jika para pelanggan tidak mahu syarikat yang membeli perniagaan itu menggunakan data peribadi mereka, mereka boleh meminta untuk menggugurkan persetujuan mereka di mana syarikat itu seharusnya memadamkan data peribadi mereka sebaik sahaja jika tiada rancangan dari segi undang-undang atau perniagaan untuk menyimpannya,” kata beliau lagi.

Menurut Encik Iswaran, badan pemerhati data peribadi iaitu Suruhanjaya Perlindungan Data Peribadi (PDPC) menjangkakan oBike dan para penyelesainya untuk terus mematuhi syarat-syarat PDPA sedang ia bersiap sedia untuk mengundurkan diri dari pasaran Singapura.  

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan