Obesiti dalam kalangan kanak-kanak makin meningkat; malukan mereka bukan huraian
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar: iStock
SINGAPURA: Tidak seperti kebanyakan kanak-kanak seusianya, Kai yang berusia 11 tahun (bukan nama sebenar) jarang bermain dengan kanak-kanak lain. Ada kalanya dia memberitahu ibunya bahawa dia tidak mempunyai kawan di sekolah.
“Saya pernah mendengar rakan sekelas memanggil saya dengan nama seperti ‘gemuk’ dan ‘tembam’. Ia membuatkan saya rasa saya lain daripada mereka, jadi saya jarang berbual atau bermain dengan mereka,” katanya.
Kai tingginya 1.62m dan berat badannya 70kg. Ini bermakna indeks jisim badannya (BMI) 26.7, sekali gus mendedahkannya kepada risiko sederhana penyakit berkaitan dengan obesiti. BMI Kai melebihi persentil ke-95 bagi usianya.
Kadar obesiti di Singapura semakin meningkat, terutamanya dalam kalangan kanak-kanak dan remaja. Peratusan pelajar sekolah rendah, menengah dan prauniversiti bawah usia 18 tahun yang mengalami berat badan berlebihan meningkat daripada 13 peratus pada 2017 kepada 16 peratus pada 2021.
Kenaikan itu terutamanya diperhatikan dalam tempoh dua tahun lalu semasa pandemik COVID-19, menurut Kementerian Kesihatan (MOH).
Namun salah tanggapan tentang obesiti berterusan, membawa kepada sikap memalukan individu yang mengalaminya dan terlalu menekankan kepada nombor pada alat penimbang. Kedua-duanya boleh menjejas kesihatan kanak-kanak, kata doktor kepada Mediacorp.
Kira-kira setengah tahun yang lalu, Kai memulakan rawatan di klinik pengurusan berat badan di Hospital Wanita dan Kanak-kanak (KKH), disokong oleh pasukan yang terdiri daripada pakar pediatrik, pakar senaman, pakar diet, pakar psikologi dan pekerja sosial perubatan.
Selepas KKH menjalankan program berstruktur untuknya, dia menjadi lebih aktif, berenang, melakukan sukan berkumpulan dan berjalan-jalan di taman pada hujung minggu.
Lama kelamaan, dapat dilihat perubahan ketara pada dirinya. Kai menjadi lebih yakin dan mula mengambil alih pengurusan berat badannya bersama-sama pakar pediatriknya, kata ibunya.
Jika pada ketika ini anda tertanya-tanya berapa banyak berat badan Kai yang sudah dapat dikurangkan, anda bertanya soalan yang salah, menurut Dr Andrew Sng dari Hospital Universiti Nasional (NUH).
"Jangan lihat nombor," katanya, sambil menjelaskan bahawa dua orang yang mempunyai berat badan yang sama boleh mempunyai indeks metabolik yang berbeza jika seorang tidak aktif manakala seorang lagi mempunyai gaya hidup aktif.
Pesakit Dr Sng sering dianggap malas disebabkan berat badan mereka, tetapi "perubahan persepsi" diperlukan untuk mengubah cara orang melihat obesiti, katanya.
“Orang ramai harus menganggap obesiti sebagai penyakit dan bukan sesuatu yang patut mereka terima. Ia bukan sesuatu yang pesakit, sama ada orang muda atau orang dewasa, datangkan ke atas diri mereka sendiri, "kata doktor itu.
Kepercayaan tentang punca obesiti penting kerana ia mempunyai kesan ke atas cara seseorang merawat mereka yang mengalami berat badan berlebihan, dan juga persepsi seseorang individu yang mengalami obesiti itu sendiri.
Satu kajian yang diterbitkan pada bulan April oleh penyelidik di Hospital Besar Sengkang dan Hospital Besar Singapura mendapati bahawa daripada 101 pesakit yang mengalami berat badan berlebihan di klinik pengurusan berat badan, hampir tiga perempat menyalahkan diri mereka sendiri atas masalah berat badan mereka.
Ibu bapa sendiri mungkin mengeluarkan komen-komen yang memalukan mereka, dengan harapan ia akan mendorong anak-anak, tetapi ini belum terbukti berkesan dan boleh menjejas kesihatan mental anak-anak mereka, kata Dr Chew dari KKH.

Sumber : CNA/HY/hy
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.