Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Oasis@Outram bukan hospis biasa; ini kelebihannya

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 13 Jul 2022 07:37PM Dikemas Kini : 13 Jul 2022 08:57PM
SINGAPURA: Tempat yang mana para pesakit yang meniti akhir hayat bebas memilih bagaimana mereka menghabiskan hari-hari terakhir mereka.

Itulah fokus sebuah hospis baru Oasis@Outram.

Ia membenarkan para penghuni melakar kegiatan mereka sendiri dan bukan mengikuti program tetap.

Pusat itu juga menerima kanak-kanak yang sakit tenat.

Antara pesakit sedemikian ialah Encik Anthony Lim, 82 tahun.

Walau berada di penghujung hayat, kehidupannya di hospis Oasis@Outram itu dipenuhinya dengan keseronokan dengan rakan-rakannya.

Terdapat lebih 170 pesakit seperti Encik Anthony sejak ia mula beroperasi Julai lalu.

Para pesakit di hospis Oasis@Outram secara purata punya lagi setahun atau kurang untuk hidup.

Kegiatan lain yang dilakukan termasuklah berkebun ataupun menonton wayang.

Menteri Kesihatan Ong Ye Kung yang melancarkan pusat itu berkata usaha memperbaiki jagaan hujung nyawa sebegini akan menjadi keutamaan bagi Singapura pada tahun-tahun mendatang.
Sumber : CNA/RU/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan