Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

NYP peruntuk S$10 juta biaya huraian inovatif dan mampan

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 03 Nov 2024 07:23PM Dikemas Kini : 03 Nov 2024 10:22PM
SINGAPURA: Politeknik Nanyang (NYP) akan memperuntukkan S$10 juta bagi membiayai huraian-huraian inovatif dan mampan untuk tempoh lima tahun ini.

Bersama pemain industri, para penuntut NYP akan mengembangkan dan menguji huraian sedemikian di kampus.

Huraian yang berkesan kemudian boleh dilaksanakan oleh peniaga.

Pelbagai huraian kemampanan yang dihasilkan NYP akan dikongsi dengan masyarakat, termasuk para penduduk Teck Ghee.

Para penuntut berkongsi bagaimana untuk menerapkan budaya kemampanan, seperti mengitar semula dan mengurangkan sisa.

Untuk bulan-bulan mendatang, para ketua kumpulan pelajar dan anggota alumni akan mengunjungi para penduduk untuk berkongsi amalan sedemikian.

"Kita perlu lakukan peranan kita menjadikan Singapura lebih mampan, guna semula, kitar semula dan perbaiki," kata Menteri Kanan Lee Hsien Loong.

"Saya rasa dengan NYP melakukan projek ini dengan kita, kita dapat melakukannya dengan lebih baik lagi, dan saya harap dengan cara yang lebih seronok dan menghiburkan," tambah Encik Lee.
Sumber : CNA/IQ/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan