Skip to main content

Singapura

NWC bincang garis panduan gaji tahunan pada 21 Ogos

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Majlis Gaji Kebangsaan (NWC) akan bersidang pada Isnin (21 Ogos) untuk membincangkan garis panduan seterusnya berkaitan gaji.

Ia meliputi kenaikan gaji pekerja berpendapatan rendah, termasuk jadual gaji terperinci untuk gaji progresif pekerja pentadbir dan pemandu, yang mula dikuatkuasakan pada 1 Mac 2024, menurut satu kenyataan Kementerian Tenaga Manusia (MOM) pada Rabu (16 Ogos).

Orang ramai dipelawa untuk berkongsi pandangan dan cadangan mereka mengenai isu tersebut selewat-lewatnya pada 1 September.

Mereka boleh berbuat demikian kepada Sekretariat NWC melalui laman go.gov.sg/nwc-feedback-2023.

Dalam perbincangannya itu, NWC akan mengambil kira beberapa faktor utama termasuk prestasi dan ramalan ekonomi Singapura, keadaan pasaran buruh, dan kos sara hidup yang semakin meningkat.

NWC mempunyai 37 orang anggota mewakili majikan, kesatuan pekerja daripada sektor utama ekonomi, dan kakitangan awam daripada agensi ekonomi.

Badan tiga pihak itu merancang untuk mengeluarkan garis panduan tersebut pada awal November.

Garis panduan itu adalah untuk tempoh 1 Disember 2023 hingga 20 November 2024.
Sumber : CNA/SU/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita