Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

NUSS tidak lagi bataskan tandas untuk mereka yang sudah divaksin sahaja

Persatuan Universiti Nasional Singapura (NUSS) menyatakan bahawa ia akan membenarkan orang ramai untuk menggunakan bilik salinan pakaian di kompleks sukannya tidak kira status vaksinasi mereka, menyusuli penjelasan Sport Singapore (SportSG).

Anggaran Waktu Membaca:
NUSS tidak lagi bataskan tandas untuk mereka yang sudah divaksin sahaja

(Gambar: Facebook)

Diterbitkan : 14 Aug 2021 10:29AM Dikemas Kini : 14 Aug 2021 12:07PM

SINGAPURA: Persatuan Universiti Nasional Singapura (NUSS) menyatakan bahawa ia akan membenarkan orang ramai untuk menggunakan bilik salinan pakaian di kompleks sukannya tidak kira status vaksinasi mereka, menyusuli penjelasan Sport Singapore (SportSG).

Ia juga akan menurunkan papan tanda yang dipasang sebelum ini bagi mengasingkan para pengguna.

Dalam respons kepada pertanyaan oleh Mediacorp, NUSS yang mengendalikan tiga rumah kelab, menyatakan pada Jumaat (13 Ogos) bahawa perubahan itu dilakukan selepas SportSG menasihati persatuan itu bahawa ia tidak perlu mengasingkan para individu yang sudah divaksin dan belum divaksin di kompleks sukannya, walaupun terdapat garis panduan pengurusan selamat yang dikeluarkan SportSG pada 7 Ogos.

SportSG menyatakan bahawa langkah-langkahnya tidak memerlukan pemilik kemudahan menyekat penggunaan kemudahan tandas awam kepada anggota yang sudah divaksin dan ia telah menghubungi NUSS bagi "menekankan prinsip asas yang melarang pergaulan dan perhimpunan para pengguna kemudahan itu".

Satu gambar papan tanda di luar sebuah tandas di salah satu kelab itu menunjukkan bahawa hanya individu yang divaksin dibenarkan untuk menggunakannya.

Gambar itu menjadi tular di media sosial sejak beberapa hari lalu.

NUSS mempunyai beberapa kemudahan sukan di bangunan-bangunan kelab yang terletak di Kent Ridge, pusat beli-belah Suntec City dan Mandalay Guild House berhampiran kawasan Novena.

Sesetengah pengguna online mengecam langkah itu, menganggapnya perbuatan diskriminasi.

Dalam satu catatan Facebook pada Khamis (12 Ogos), NUSS berkata pengasingan itu selaras dengan garis panduan daripada SportSG.

Ia memetik sebaris ayat daripada penasihat itu, yang menyatakan bahawa "perusahaan juga harus memastikan bahawa individu yang sudah divaksin yang mengambil bahagian dalam kegiatan (dalam bangunan tanpa pakai pelitup) tidak bercampur dengan pengguna lain sepanjang masa mereka berada di kemudahan itu (termasuk di kawasan umum seperti bilik salinan dan tandas)".

Edward Tan, 64 tahun, seorang anggota NUSS merasakan bahawa peraturan sedemikian sangat tidak adil apabila beliau mula-mula melihatnya, meskipun beliau sudah menerima vaksin Sinovac.

Ini kerana anggota kelab yang belum divaksin juga membayar yuran keanggotaan dan kemudahannya tidak dibuka kepada orang awam, menurut peguam syarikat itu.

Beliau berkata meskipun jika kelab itu perlu melaksanakannya sejajar dengan garis panduan pemerintah, NUSS boleh melakukannya secara lebih bijaksana.

Sungguhpun begitu, beliau mengalu-alukan keputusan untuk menarik balik peraturan itu namun katanya bahawa ia sesuatu yang sepatutnya tidak dilakukan dari mula lagi. 

Sumber : Today/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan