Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

NUS varsiti terbaik di Asia dalam ranking QS buat 5 tahun berturut-turut

NUS dan NTU juga tersenarai dalam 20 varsiti terunggul di dunia dengan NUS menduduki tempat ke-11 mengatasi Universiti Peking dan Universiti Tsinghua, manakala NTU di tempat ke-19.

Anggaran Waktu Membaca:
NUS varsiti terbaik di Asia dalam ranking QS buat 5 tahun berturut-turut

(Gambar: National University of Singapore/Facebook)

Diterbitkan : 09 Jun 2022 07:56AM Dikemas Kini : 09 Jun 2022 08:01AM
SINGAPURA: Universiti Nasional Singapura (NUS) muncul sebagai universiti terbaik di Asia buat lima tahun berturut-turut dalam edisi Ranking Universiti Dunia Quacquarelli Symonds (QS) 2023 yang berpangkalan di Britain.

Universiti di Singapura juga tersenarai dalam 20 varsiti terunggul di dunia dengan NUS menduduki tempat ke-11 mengatasi Universiti Peking dan Universiti Tsinghua.

NTU di tempat ke-19, turun tujuh tangga berbanding tahun lalu.

Sementara itu, Institut Teknologi Massachusetts (MIT) terus menduduki tempat teratas senarai varsiti terbaik dunia buat 11 tahun berturut-turut.

Universiti Cambridge naik satu tangga ke tempat kedua manakala Universiti Stanford kekal di tempat ketiga.

Universiti Oxford turun dua tangga ke tempat keempat.

Senarai QS berdasarkan tinjauan ke atas 1,418 universiti di 100 lokasi dan mengambil kira perkara seperti reputasi akademik, pengiktirafan majikan, nisbah fakulti kepada pelajar serta petikan bagi setiap fakulti.
Sumber : CNA/GT/SU/ih
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan