Skip to main content

Singapura

NUS tubuh unit baru khusus bagi pelajar NUS yang jadi mangsa salah laku seksual

Universiti Nasional Singapura (NUS) membuka sebuah unit baru khusus untuk memberikan sokongan kepada para pelajar NUS yang menjadi mangsa salah laku seksual.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 29 Aug 2019 06:58PM Dikemas Kini : 29 Aug 2019 10:28PM

SINGAPURA: Universiti Nasional Singapura (NUS) membuka sebuah unit baru khusus untuk memberikan sokongan kepada para pelajar NUS yang menjadi mangsa salah laku seksual.

Ia merupakan yang pertama seumpamanya dalam kalangan universiti-universiti tempatan.

Unit khas di NUS itu ditubuhkan menyusuli satu kes salah laku seksual pada April lalu, yang mana seorang mahasiswa perempuan dirakam videonya semasa berada dalam bilik air.

Dalam satu surat pekeliling kepada para pelajarnya, NUS menyatakan unit tersebut bertujuan menjadi tempat bagi para mangsa mendapatkan sokongan daripada para karyawan terlatih.

Para mangsa boleh menghubungi unit itu melalui satu talian hotline 24 jam.

Menurut laman NUS, unit tersebut dikendalikan lima kakitangan termasuk para penjaga.

Mereka juga akan menjalankan tinjauan untuk memahami betapa meluasnya isu salah laku seksual di NUS.

Unit itu dipimpin Profesor Madya Sandy Lim yang pernah bertugas sebagai pakar psikologi di MINDEF.

Sumber : CNA/AA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita