Skip to main content

Singapura

NUS terus berada dalam senarai 10 universiti terbaik, kekal di tangga ke-8

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 19 Jun 2025 05:48PM Dikemas Kini : 20 Jun 2025 12:07AM
SINGAPURA: Singapura kekal sebagai salah satu daripada hanya empat negara di mana universitinya tersenarai sebagai 10 yang terbaik di dunia.

Universiti Nasional Singapura (NUS) tidak berganjak dari kedudukannya di tangga kelapan dalam Ranking Universiti Dunia QS yang terkini.

Universiti-universiti Amerika Syarikat dan United Kingdom mendominasi senarai 10 universiti terunggul dunia itu, masing-masing dengan empat unversiti.

Universiti Switzerland melengkapi senarai 10 universiti teratas di dunia.

Satu lagi institut pengajian tinggi Singapura, Universiti Teknologi Nanyang (NTU), naik tiga tangga untuk menjadi universiti ke-12 terbaik di dunia.

Universiti Pengurusan Singapura (SMU) pula melonjak 74 tangga untuk menduduki tempat ke-511.

Sementara, Universiti Teknologi dan Reka Bentuk Singapura (SUTD) jatuh 79 tangga ke tempat 519.

Ranking itu ditentukan oleh faktor-faktor termasuk penyelidikan dan sejauh mana siswazah diambil bekerja.

Penganjur ranking tahunan itu menyatakan pemotongan terhadap pembiayaan penyelidikan bagi institusi-institusi Amerika Syarikat baru-baru ini mungkin menjejas keputusan ranking pada tahun-tahun akan datang.

Ia juga menyaksikan lebih banyak kerjasama antara universiti rentas sempadan, sesuatu yang mungkin memberi manfaat kepada Singapura.

Ketua Pegawai Eksekutif QS Jessica Turner berkata: "Saya rasa selagi hubungan penyelidikan itu berterusan dan Singapura berada dalam kedudukan yang sangat baik untuk meneruskan hubungan penyelidikan bagi pelbagai sebab di seluruh dunia, maka kita akan terus menyaksikan kemajuan daya penghasilan itu.

"Namun, saya tidak rasa gangguan yang tercetus itu akan memberi sebarang kesan sepanjang beberapa tahun mendatang dalam ranking universiti-universiti yang sangat bergantung kepada pembiayaan penyelidikan itu."
Sumber : CNA/FZ/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita