NUS tawar rebat 40% untuk lebih 80 program sarjana mulai Ogos
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: Mediacorp
SINGAPURA: Universiti Nasional Singapura (NUS) akan menawarkan rebat 40 peratus untuk lebih daripada 80 program Sarjananya mulai Ogos.
Rakyat Singapura dan penduduk tetap boleh menggunakan rebat tersebut untuk program yang belum diberi subsidi oleh pemerintah.
NUS mendapati bahawa kos adalah sebab utama yang menghalang golongan pekerja daripada meneruskan pendidikan dan latihan.
"Bagi membantu pelajar sesuaikan pembelajaran berterusan ke dalam jadual mereka, lebih banyak kursus CET ditawarkan dalam format gabungan, dan beberapa ditawarkan secara online. Jadi ini akan membantu pelajar dan beri mereka lebih fleksibiliti dalam mengatur masa dan komitmen mereka," jelas Presiden NUS, Prof Tan Eng Chye.
Turut didedahkan semasa Festival Pembelajaran Sepanjang Hayat NUS, bahawa empat lagi program Sarjana dalam kecerdasan buatan (AI) bakal dilancarkan tahun depan.
Hampir 5,000 kakitangan NUS sudahpun menyelesaikan sekurang-kurangnya tahap pertama kursus kecekapan AI.
Semasa satu sesi dialog pula, Menteri Pendidikan Chan Chun Sing berkata ahli akademik perlu melibatkan diri dalam industri-industri terkini, demi mengekalkan kelebihan daya saing Singapura.
"Bila anda lihat betapa derasnya perubahan berlaku, anda tidak boleh katakan - saya hanya ajar anda perkara yang berlaku bertahun-tahun yang lalu," ujar Encik Chan.
"Jika anda ingin berada di depan, kita perlu membawa industri terkini ke dalam akademia dan menggabungkan kekuatan akademik dan industri serta mempercepat kelajuan kitaran pembelajaran mereka," tambahnya.

Sumber : CNA/QA/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.