NUS tawar lawatan berpandu kepada pelancong untuk kawal trafik pengunjung
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Untuk menangani aduan terhadap barisan panjang di kedai makanan dan khidmat bas ulang alik disebabkan pelancong yang melawat Universiti Nasional Singapura (NUS), universiti tersebut akan memperkenalkan pusat pengunjung 'pop-up' dan program "lawatan berpandu" bagi kumpulan pelancong, menurutnya pada Jumaat (9 Feb).
Inisiatif tersebut bertujuan untuk membantu mengurus dan mengawal trafik di kampus. Menurut kenyataan NUS, program itu adalah percuma bagi pelancong.
NUS menyatakan bahawa lawatan berpandu akan dilaksanakan untuk membantu pengunjung "memahami sejarah dan kehidupan di kampus" dan akan dikendalikan oleh pelajar yang akan dilatih, kerana mereka merupakan "individu yang sesuai untuk berkongsi pengalaman dan perspektif secara langusung".
Pengumuman tersebut dibuat berikutan berita tentang penuntut NUS dan Universiti Teknologi Nanyang yang tidak berpuas hati terhadap jumlah pelancong yang ramai mengunjungi kampus mereka, sehingga menyebabkan pelbagai masalah.
NTU mengenakan yuran kemasukan bagi pelancong, di mana ia memerlukan agensi pelancongan yang ingin mengadakan lawatan ke kampus mereka supaya mendapatkan kebenaran dari pihak universiti bermula 1 Februari.

NUS, yang mengambil pendekatan berbeza, menyatakan pada Jumaat bahawa ia tidak mengenakan yuran kerana universiti itu adalah "kampus terbuka".
“Ia adalah satu keistimewaan untuk mengalu-alukan kedatangan pengunjung dari dalam dan luar negara, yang berkongsi misi kami dan berminat untuk mengetahui mengenai universiti dengan lebih lanjut,” menurut NUS.
"Pada masa yang sama, memastikan persekitaran selesa bagi pengalaman pembelajaran terbaik untuk penuntut kami, mengekalkan semangat kampus bagi pengalaman penuntut yang unik, dan memastikan kemudahan kami seperti makmal dan bilik darjah selamat dan terjamin adalah keutamaan yang penting."
NUS menyatakan ia mengambil kira usaha untuk mengurangkan sebarang gangguan dan melindungi keselamatan dan privasi penuntut serta kakitangan yang belajar, bekerja atau menetap di kampus.
NUS menambah bahawa program pelancongnya akan "bermula ketika cuti musim panas" pada lewat Julai 2024.

Sumber : Today/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.