Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

NUS sekat akses ke pusat makanan, bas ulang-alik selama seminggu; bilangan pelancong dijangka meningkat

Anggaran Waktu Membaca:
NUS sekat akses ke pusat makanan, bas ulang-alik selama seminggu; bilangan pelancong dijangka meningkat

Gambar fail: Catherine Lai/AFP

SINGAPURA: Universiti Nasional Singapura (NUS) akan mengehadkan akses ke dua pusat makanan University Town (UTown) dan khidmat bas ulang-alik dalam kampus dari 30 September hingga 7 Oktober.

Hanya mahasiswa, kakitangan NUS dan individu yang dibenarkan boleh menaiki bas ulang-alik dari pukul 8.00 pagi hingga 2.00 petang dalam tempoh itu, tidak termasuk 6 Oktober, menurut notis yang diterbitkan di laman universiti itu pada Khamis (26 Sep).

Sekatan yang sama itu juga akan dikenakan ke atas pusat makanan Fine Food and Flavours yang terletak di UTown NUS dari pukul 11.00 pagi hingga 2.00 petang, tidak termasuk 5 Oktober dan 6 Oktober.

Pemeriksaan akan dijalankan, dan mahasiswa, kakitangan dan pelawat yang dibenarkan mesti memberikan pas yang diluluskan NUS atau bukti dokumen untuk mendapatkan akses.

Langkah-langkah terbaharu tersebut dilaksanakan sedang lebih ramai pelawat pelancong dijangka berada di kampus dari 30 September hingga 7 Oktober, menurut Kesatuan Mahasiswa NUS dalam memo dalaman, yang dilihat Mediacorp. Ia menambah bahawa Central Library di NUS akan ditutup kepada para pelawat dalam tempoh ini.

Tarikh-tarikh tersebut bertepatan dengan tempoh cuti Minggu Emas China yang akan datang dari 1 Oktober hingga 7 Oktober. Cuti umum selama tujuh hari itu adalah bersempena penubuhan Republik Rakyat China dan ramai warga China dijangka bercuti pada tempoh ini.

"Kami bekerja rapat dengan pasukan petugas yang dilantik pengurusan itu untuk memastikan langkah-langkah proaktif tersebut dilaksanakan untuk menangani sebarang kemungkinan kenaikan dalam jumlah pelawat pelancong," jelas kesatuan mahasiswa itu.

"Ketidakpatuhan terhadap mana-mana perkara yang disebutkan di atas boleh mengakibatkan sekatan dikenakan pada lawatan masa depan ke kampus universiti tersebut dan boleh membawa kepada tindakan penguatkuasaan selanjutnya, jika perlu."

Kesatuan itu menambah pihaknya mungkin ingin "membentuk kumpulan rakan mahasiswa yang sedia" untuk menyokong kakitangan keselamatan apabila diperlukan.

Langkah serupa, seperti menghentikan bas pelancongan daripada menuju ke UTown, menghalang pelancong daripada menaiki bas ulang-alik dalaman dan melatih mahasiswa untuk memimpin lawatan berpandu, dilaksanakan oleh NUS pada Ogos.
Ini menyusuli aduan yang dibuat para mahasiswa mengenai kenaikan dalam jumlah pelancong ke universiti tersebut dan mengganggu kehidupan di kampus.
Sumber : CNA/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan