NUS rancang tubuh Kolej Kemanusiaan dan Sains tahun depan
Universiti Nasional Singapura (NUS) merancang untuk menubuhkan sebuah Kolej Kemanusiaan dan Sains (CHS) tahun depan sebagai sebahagian daripada usahanya menggalak pendidikan dalam pelbagai bidang pengetahuan.

Gambar fail Universiti Nasional Singapura.
SINGAPURA: Universiti Nasional Singapura (NUS) merancang untuk menubuhkan sebuah Kolej Kemanusiaan dan Sains (CHS) tahun depan sebagai sebahagian daripada usahanya menggalak pendidikan dalam pelbagai bidang pengetahuan.
Mahasiswa yang diterima masuk ke kolej itu akan berada di bawah Fakulti Sastera & Sains Sosial (FASS) dan Fakulti Sains (FOS).
Mereka akan mendapat akses kepada Kursus Teras Pengkhususan dan Kursus Asas Teras yang ditawarkan kedua-dua fakulti, serta tiga jenis program sarjana kepujian empat tahun - Sarjana Muda Sastera, Sarjana Muda Sains Sosial dan Sarjana Muda Sains.
Perbincangan awal dengan anggota kedua-dua fakulti sedang dijalankan, menurut NUS pada Selasa (22 Sep), sambil menambah bahawa kolej baru itu, jika diluluskan, akan mula menerima pelajar seawal tahun akademik 2021/2022.
"Saranan itu masih dibincangkan dan dijangka berubah, kerana perbincangan dalaman dan luaran oleh pihak kepimpinan universiti dan dekan FASS dan FOS diadakan sepanjang beberapa bulan akan datang," menurut NUS.
Menurut universiti itu lagi struktur kurikulum yang disarankan kolej tersebut akan membolehkan "pembelajaran yang lebih fleksibel dan berbilang disiplin" meliputi kemanusiaan, sains sosial dan matematik.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.