Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

NUS pertingkat bantuan kewangan bagi mahasiswa rakyat S'pura dari keluarga berpendapatan rendah

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 08 Feb 2022 02:05PM Dikemas Kini : 08 Feb 2022 09:02PM

SINGAPURA: Mahasiswa sepenuh masa Universiti Nasional Singapura (NUS) tidak perlu membayar yuran pengajian jika mereka datang daripada keluarga dengan pendapatan sehingga S$1,000 per kapita.

Ini akan bermula pada tahun baru akademik pada Ogos 2022.

"Pihak universiti akan menokok dermasiswa pemerintah yang sedia ada untuk membiayai sepenuhnya yuran pengajian bagi para mahasiswa tersebut," menurut NUS dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan hari ini (8 Feb).

Ia menambah bahawa kedua-dua penuntut sepenuh masa yang juga rakyat Singapura - sama ada baru dan yang sedia ada - yang memenuhi kriteria yang ditetapkan akan layak bagi sokongan tersebut.

Selain itu, mahasiswa sepenuh masa rakyat Singapura, yang daripada keluarga berpendapatan sehingga $690 per kapita akan menerima sokongan tambahan kewangan bagi perbelanjaan sara hidup, menetap di kampus dan program luar negara.

Menurut NUS ia merancang untuk mempertuntukkan tambahan S$15 juta setahun untuk membiayai sokongan dipertingkat ini. Ia dijangka dapat memanfaatkan sekitar 3,300 mahasiswa rakyat Singapura daripada keluarga berpendapatan rendah.

"Skim baru bantuan kewangan dipertingkat ini akan mengisi jurang kewangan bagi para penuntut yang paling memerlukan sokongan," kata Presiden NUS, Professor Tan Eng Chye.

"Ia memberikan dana tambahan kepada para penuntut rakyat Singapura daripada keluarga berpendapatan rendah dari dua segi - dengan membiayai sepenuhnya yuran pengajian dan menampung sebahagian kos sara hidup mereka serta mewujudkan akses kepada pengalaman universiti yang lebih menyeluruh dan kaya, termasuk menginap di kampus dan pendedahan pembelajaran di luar negara.

Menurut NUS, ia sedang mengumpulkan sokongan bersifat dermawan untuk "membangunkan sebuah endowmen untuk menyediakan pembiayaan yang berdaya tahan bagi inisiatif baru ini".

Ia menyatakan beberapa penderma sudah pun mengikrarkan sokongan, termasuk Yayasan Quantedge, iaitu sayap dermawan bagi sebuah firma pengurusan dana tempatan, iaitu Quantedge Capital.

"Kami berterima kasih bahawa sebahagian penderma sudah tampil untuk membantu pihak universiti merealisasikan inisiatif penting ini. Kami berharap lebih ramai yang akan menyokong kami," kata Profesor Tan.

Sumber : CNA/NK/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan