Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

NUS, OCBC bekerjasama dorong pemandu gunakan EV

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 18 Aug 2022 09:21PM Dikemas Kini : 18 Aug 2022 09:32PM
SINGAPURA: Tidak lama lagi, satu kajian baru akan dijalankan bagi meninjau cara-cara untuk menggalak pemandu agar beralih ke kenderaan elektrik.

Ia merupakan kerjasama antara Universiti Nasional Singapura (NUS) dengan bank OCBC dan dilancarkan Menteri Kemampanan dan Sekitaran Grace Fu, pada Khamis (18 Ogos).

"Perhubungan antara akademia, dengan asas yang kukuh dalam teori dan metodologi, dan sektor perniagaan dengan data kehidupan sebenar serta pendedahan sektor yang luas, akan membolehkan sintesis pengetahuan yang relevan, terkini dan teguh," jelas Cik Fu.

Sekitar 32,000 pelanggan bank yang mungkin menukar kereta mereka dalam beberapa tahun akan datang, bakal menyertai kajian tersebut.

Ia akan meliputi beberapa faktor, termasuk perbelanjaan transit, pembelian bahan api menggunakan kad OCBC serta kadar peralihan kepada kenderaan elektrik.

Dapatan dari kajian itu akan didedahkan tahun depan.
Sumber : CNA/IA/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan