Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

NUS, NTU ungguli senarai universiti terbaik Asia; diiktiraf antara terbaik di dunia

Dua universiti tempatan diiktiraf sebagai universiti terbaik Asia dalam edisi 2022 Ranking Universiti Dunia Quacquarelli Symonds (QS).

Anggaran Waktu Membaca:
NUS, NTU ungguli senarai universiti terbaik Asia; diiktiraf antara terbaik di dunia
Diterbitkan : 09 Jun 2021 06:08PM Dikemas Kini : 09 Jun 2021 06:17PM

SINGAPURA: Dua universiti tempatan diiktiraf sebagai universiti terbaik Asia dalam edisi 2022 Ranking Universiti Dunia Quacquarelli Symonds (QS).

Universiti-universiti itu dinilai dalam bidang-bidang seperti kajian dan keupayaan menarik tenaga pengajar terbaik antarabangsa.

NUS mengekalkan kedudukannya di tempat pertama untuk empat tahun berturut-turut.

Ia mempunyai reputasi akademik dan indeks fakulti antarabangsa yang kukuh.

NTU pula melonjak ke tempat kedua dengan peningkatan yang baik seperti reputasi akademiknya.

Di peringkat sejagat, NUS menduduki tangga ke-11 antara 1,300 universiti di dunia manakala NTU naik ke tangga ke-12. 

Sumber : CNA/IA/ha

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa