Skip to main content

Singapura

NUS, NTU naik kedudukan dalam senarai universiti terbaik dunia

Dua institusi pengajian tinggi di sini iaitu Universiti Nasional Singapura (NUS) dan Universiti Teknologi Nanyang (NTU), berjaya meraih kedudukan lebih tinggi dalam ranking Universiti Dunia.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 02 Sep 2021 07:27PM Dikemas Kini : 02 Sep 2021 09:56PM

SINGAPURA: Dua institusi pengajian tinggi di sini iaitu Universiti Nasional Singapura (NUS) dan Universiti Teknologi Nanyang (NTU), berjaya meraih kedudukan lebih tinggi dalam ranking Universiti Dunia.

NUS menduduki tempat ke-21 dalam ranking Pendidikan Lanjut Times, naik empat tempat berbanding tahun lalu.

NUS juga berada di tangga ketiga dalam kalangan universiti-universiti Asia.

Menurut jurucakap NUS, ia akan terus berusaha menghasilkan huraian kepada cabaran-cabaran tempatan dan global.

NTU pula menduduki tempat ke-46, naik satu tangga.

Timbalan Presiden NTU, Profesor Ling San berkata ia akan terus merintis model-model pembelajaran baru dan memperkukuh kerjasama berbilang bidang.

NUS dan NTU dinilai atas prestasi dalam pembelajaran, penyelidikan, pemindahan pengetahuan dan kedudukannya di peringkat antarabangsa.

Sumber : CNA/ZM/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita