Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

NUS manfaatkan realiti campuran dalam pembelajaran siswa perubatan, kejururawatan

Sekitar 300 pelajar bidang perubatan dan kejururawatan bakal mempelajari prosedur sulit dengan bantuan alat realiti campuran.

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Sekitar 300 pelajar bidang perubatan dan kejururawatan bakal mempelajari prosedur sulit dengan bantuan alat realiti campuran.

Dengan pandemik yang berlaku sekarang, Sekolah Perubatan Yong Loo Lin NUS menyatakan alat itu penting bagi pengajaran dan pembelajaran kerana boleh digunakan bila-bila dan di mana saja.

Mulai April, para pelajar dengan pelbagai tahap keupayaan boleh menggunakan Holo-Lens 2 untuk membiasakan diri mereka dengan prosedur pembedahan sebagai contoh.

Mereka juga mempunyai akses tidak terhad kepada maklumat melalui video dan model 3D.

Selain meningkatkan jagaan pesakit, para pelajar juga merasakan alat itu merubah cara mereka belajar.

"Teknologi-teknologi boleh memberi pelajar perubatan dan jururawat belajar di tempat yang selamat sampai mencapai keupayaan sebelum mereka pergi ke wad atau hospital untuk merawat pesakit-pesakit di sana," kata Penolong Dekan Sekolah Perubatan Yong Loo Lin NUS, Profesor Madya Kow We Chieh.

Sumber : CNA/RU/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan