Skip to main content

Singapura

NUS jatuh ke tangga kedua; NTU tangga kelima dalam senarai universiti unggul Asia

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 08 Nov 2022 08:25PM Dikemas Kini : 08 Nov 2022 08:55PM
SINGAPURA: Kedudukan Universiti Nasional Singapura (NUS) sebagai universiti terunggul di rantau Asia buat empat tahun berturut-turut sudah berakhir.

Menurut Ranking Universiti Asia QS terkini, kedudukan institusi tempatan lain juga jatuh.

Ranking bagi tahun ini menyenaraikan 760 universiti.

Buat pertama kali dalam sembilan tahun, institusi tempatan tidak berada di kedudukan teratas.

Sebaliknya, Universiti Peking mendahului ranking ini, sedang NUS jatuh ke tempat kedua.

Universiti Teknologi Nanyang (NTU) pula turun dua tangga dan kini berada di tempat ke-5.

Universiti Pengurusan Singapura (SMU) pula mencatat kedudukan ke-117.

Kemerosotan pada kedudukan ketiga-tiga universiti tempatan ini sebahagiannya disebabkan kadar nisbah antara ahli akademik dan juga pelajar.

Merujuk kepada bilangan ahli akademik sepenuh masa bagi setiap pelajar, ia menyaksikan kemerosotan yang paling ketara.

Bagaimanapun, NUS dan NTU tetap dianggap sebagai antara lima universiti teratas di rantau ini yang menghasilkan kajian berpengaruh dan juga luar biasa.
Sumber : CNA/IA/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita