Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

NUS jatuh 2 tangga, NTU naik 3 tangga dalam senarai terbaru Universiti Dunia

Universiti Nasional Singapura (NUS) jatuh dua anak tangga manakala Universiti Teknologi Nanyang (NTU) pula naik tiga tangga dalam senarai terbaru Universiti Dunia yang diterbitkan oleh Times Higher Education.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 12 Sep 2019 08:59PM Dikemas Kini : 12 Sep 2019 09:46PM

SINGAPURA: Universiti Nasional Singapura (NUS) jatuh dua anak tangga manakala Universiti Teknologi Nanyang (NTU) pula naik tiga tangga dalam senarai terbaru Universiti Dunia yang diterbitkan oleh Times Higher Education.

NUS kini menduduki tempat ke-25 dalam senarai global itu.

Universiti Asia terus disandang oleh Universiti Tsinghua dari China buat dua tahun berturut-turut.

Manakala NTU pula menduduki tempat ke-48 dan menyaksikan peningkatan pemarkahan dalam pengajaran dan kajian.

Sebanyak 1,400 universiti dari 92 negara dinilai dalam senarai tahun ini.

Menurut senarai terbaru itu, lima universiti terbaik di dunia ialah Oxford, California Institute of Technology (Caltech), Cambridge, Stanford, dan Massachusetts Institute of Technology (MIT).

Penilaian dilakukan berdasarkan 13 tanda prestasi yang dibahagikan kepada lima bidang: pengajaran; kajian, petikan; pandangan antarabangsa dan pendapatan industri.

Sumber : CNA/SY/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan