NUS jalankan siasatan, temui komputer berkuasa tinggi bagi proses mata wang kripto di asrama
Gambar fail sistem komputer berkuasa tinggi untuk memproses mata wang kripto. (Gambar: iStock)
SINGAPURA: Universiti Nasional Singapura (NUS) sedang menjalankan siasatan setelah sistem komputer berkuasa tinggi bagi memproses mata wang kripto ditemui di apartmen seorang penghuni minggu lalu.
UTown Residence di NUS sudah mengarahkan agar peralatan itu dipindahkan demi keselamatan para penghuni, kata seorang jurucakap pada Selasa (12 Apr), semasa menjawab pertanyaan media.
UTown Residence merupakan salah satu asrama mahasiswa yang terletak di University Town di NUS.
Jurucakap itu juga menambah bahawa para penghuni University Town sudah dimaklumkan bahawa sistem komputer berkuasa tinggi bagi memperoses mata wang kripto dilarang sama sekali.
"Peralatan ini menggunakan jumlah tenaga yang tinggi dan mengeluarkan jumlah tenaga panas yang luar biasa tinggi. Ini boleh mencetuskan kebakaran dan risiko terputusnya kuasa elektrik."
Dalam satu emel kepada para penghuni pada Isnin (11 Apr), pejabat pengurusan menyatakan bahawa peralatan tersebut ditemui semasa "pemeriksaan rutin" minggu lalu.
Peralatan tersebut mengeluarkan "tenaga panas yang luar biasa tinggi", menurut emel tersebut, sambil menambah bahawa tahap kepanasan "yang lebih tinggi daripada biasa" yang dikeluarkan peralatan itu menimbulkan risiko kebakaran.
Sistem komputer tersebut memproses mata wang kripto, di mana komputer-komputer berkuasa tinggi berlumba untuk memproses urus niaga dan menghuraikan masalah-masalah matematik yang rumit. Pelombong-pelombong ini selalunya dianugerahi dengan mata wang kripto baru.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.