Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

NUS gantung program pertukaran siswa luar negara setelah keadaan COVID-19 memburuk

Universiti Nasional Singapura (NUS) sudah menggantung program pertukaran bagi para mahasiswa luar negara berikutan lonjakan pada kes COVID-19 di sini dan kemunculan varian baru di merata dunia. 

Anggaran Waktu Membaca:
NUS gantung program pertukaran siswa luar negara setelah keadaan COVID-19 memburuk

(Gambar: Catherine Lai/AFP)

Diterbitkan : 21 May 2021 01:38PM Dikemas Kini : 21 May 2021 01:45PM

SINGAPURA: Universiti Nasional Singapura (NUS) sudah menggantung program pertukaran bagi para mahasiswa luar negara berikutan lonjakan pada kes COVID-19 di sini dan kemunculan varian baru di merata dunia.

"Keselamatan dan kesejahteraan para mahasiswa kami adalah keutamaan nombor satu NUS. Memandangkan keadaan pandemik COVID-19 kekal tidak menentu dengan kemunculan lebih banyak varian baru, pihak Universiti akan menggantung semua program pertukaran mahasiswa bagi Penggal 1 Tahun Akademik (AY) 2021/22," menurut NUS pada Jumaat (20 Mei) sebagai respons kepada pertanyaan Mediacorp.

"Ini sejajar dengan nasihat-nasihat oleh pihak berkuasa untuk mengelakkan perjalanan tidak penting termasuk program jangka pendek bagi pertukaran pendidikan luar negara."

NUS sebelum ini menyatakan di lelamannya bahawa program pertukaran bagi para mahasiswa akan datang tidak digantung "secara rasmi".

Satu kemas kini mengenai COVID-19 di lelaman itu menyatakan: "Walaupun Universiti memutuskan untuk tidak menggantung secara rasmi pertukaran bagi Penggal 1 AY2021/22 (Musim Luruh 2021), para mahasiswa pertukaran seharusnya peka akan kemungkinan rintangan dan perbelanjaan tambahan yang berkaitan dengan sesebuah program pertukaran bagi penggal yang menjelang.

Bahagian berikut memperincikan banyak langkah yang diperlukan untuk meneruskan sebuah program pertukaran bagi memastikan mahasiswa dapat membuat keputusan terbaik berdasarkan toleransi risiko, keperluan akademik dan kedudukan kewangan mereka sendiri."

Bagaimanapun, program pertukaran untuk ke luar negara oleh para mahasiswa NUS ke negara-negara lain sudahpun digantung.

Kemas kini terbaru di lelaman itu bertarikh 18 Mei menyatakan: "Keadaan COVID-19 kian berubah-ubah dengan tapak pandemik beranjak ke seluruh dunia dan varian baru virus itu muncul dengan kekerapan yang kian besar.

"Walaupun vaksinasi dilancarkan pada tahap kejayaan yang berbeza di banyak negara, nampaknya jalan menuju tahap perjalanan antarabangsa sebelum pandemik akan jauh lebih lama daripada yang dijangkakan."

Seorang jurucakap NUS mengatakan pada Jumaat bahawa, kecuali beberapa negara seperti yang mana Singapura telah membuat pembukaan sempadan secara sepihak, NUS akan menangguhkan permohonan dari mahasiswa pertukaran dari luar negara dengan menimbangkan langkah-langkah kawalan sempadan yang diperketatkan oleh Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA).

"Para pelajar yang memasuki Singapura perlu mematuhi rejim Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) sedia ada," tambah jurucakap itu.

"Sebagai alternatif kepada program pertukaran luar negara secara fizikal, terdapat pelbagai program musim panas yang ditawarkan oleh rakan kongsi universiti, e-STEER (Lawatan Pembelajaran bagi Pendampingan dan Pengayaan) serta program imersif bersama secara maya yang boleh disertai para mahasiswa." 

Sumber : CNA/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan