Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

NUS dan NTU duduki kumpulan 30 teratas Senarai Universiti Dunia Times

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Dua universiti di Singapura berada dalam kumpulan 30 teratas Senarai Universiti Dunia Times.

Universiti Nasional Singapura (NUS) menduduki tempat ke-17 manakala Universiti Teknologi Nanyang (NTU) berada di tangga ke-30.

NUS dan NTU naik dua tangga pada 2024 berbanding senarai tahun lalu

Kedudukan di tempat ke-17 itu adalah yang tertinggi bagi NUS setakat ini dan ia berasa amat bangga dengan pencapaian tersebut.

NUS menyatakan bahawa ia sudahpun membuat penyesuaian dalam pengajarannya, mengikut perubahan keperluan pihak industri.

NTU pula mengatakan ia adalah universiti termuda dalam kumpulan 30 teratas ranking Times itu.

Ia, katanya bermakna, NTU kini termasuk dalam kumpulan 30 teratas dalam semua ranking utama universiti global.
Sumber : CNA/MU/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan