NUS anugerahkan Ijazah Kehormat kepada tiga tokoh pemimpin
Universiti Nasional Singapura (NUS) pada Isnin (14 Jul) menganugerahkan Ijazah Kehormat kepada tiga tokoh pemimpin - Duta Besar Chan Heng Chee, ahli sains kemasyarakatan Dr Noeleen Heyzer dan perintis teknologi global Wong Ngit Liong.
Ini merupakan pengiktirafan tertinggi NUS bagi individu yang memberikan sumbangan besar serta meninggalkan kesan mendalam sama ada di peringkat negara mahupun antarabangsa.
Duta Besar Chan pernah berkhidmat sebagai Wakil Tetap Singapura ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dari 1989 hingga 1991.
Dari 1996 hingga 2012 pula, beliau merupakan Duta Singapura ke Amerika Syarikat.
Cik Chan diiktiraf atas sumbangannya dalam bidang kajian dasar, hubungan antarabangsa dan badan pemikir intelektual.
Sementara itu, Dr Heyzer merupakan wanita Singapura pertama dalam sistem PBB untuk memegang jawatan Penolong Setiausaha Agung.
Beliau diiktiraf atas kepimpinannya dalam memperjuangkan pemerkasaan wanita sejagat serta meningkatkan kedudukan antarabangsa Singapura.
Encik Wong pula merupakan seorang pemimpin dan perintis dalam industri teknologi global.
Beliau turut menyumbang kepada pembangunan pendidikan tinggi.
Pengasas Venture Corporation itu juga pernah berkhidmat dalam pelbagai lembaga dan jawatankuasa negara, termasuk Lembaga Kemajuan Ekonomi, Bank DBS, dan Bursa Singapura.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.