Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

NUS antara 20 universiti terbaik dunia; NTU lompat 10 tangga duduki tempat ke-36

Anggaran Waktu Membaca:
NUS antara 20 universiti terbaik dunia; NTU lompat 10 tangga duduki tempat ke-36

(Gambar: National University of Singapore/Facebook)

SINGAPURA: Universiti Nasional Singapura (NUS) naik dua tangga untuk menjadi antara 20 yang terbaik dalam Ranking Universiti Dunia 2023.

Senarai tahunan Pendidikan Tinggi Times meletakkan NUS di tangga 19.

Dalam kenyataannya, NUS melahirkan rasa gembira dan kekal komited kepada usaha menawarkan pendidikan berbilang disiplin.

Universiti Teknologi Nanyang (NTU) pula naik 10 tangga untuk menduduki tangga ke-36 dalam senarai global itu.

NTU menyatakan, ini merupakan ranking paling tinggi baginya sejauh ini, sekali gus mengesahkan usaha-usahanya dalam bidang inovasi dan kajian.

Tiada universiti Singapura lain disenaraikan dalam ranking tersebut.
Sumber : Sumber Web/AI/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan