NUS akan perkenalkan pendaftaran bagi bas pesiaran, sistem akses pelawat dalam usaha tangani isu jumlah pelancong
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar: Reddit/Sad-Credit-9857, merlion_sg
SINGAPURA: Universiti Nasional Singapura (NUS) akan memperkenalkan sebuah sistem pendaftaran bagi bas-bas pesiaran dan sistem akses pelawat untuk mengawal kesesakan di sesetengah kawasan universiti tersebut.
Demikian diumumkan universiti tersebut pada Rabu (21 Ogos).
Langkah-langkah baharu itu bertujuan menangani isu jumlah pelancong yang bertambah ramai di NUS, sehingga para pelajar mendakwa telah mengganggu kehidupan di kampus.
NUS sudahpun mengambil tindakan pada bulan ini untuk cuba menangani keprihatinan yang dibangkitkan para mahasiswa, seperti melarang bas-bas pesiaran daripada memasuki Bandar Universiti atau UTown.
Ia juga mencegah para pelancong daripada menaiki bas-bas ulang-alik dalam kampus, dan melatih para mahasiswa menjadi pemandu pelancong.
Dalam notis kepada fakulti, kakitangan dan mahasiswa, NUS menyatakan ia berharap untuk melakarkan langkah-langkah baharu menjelang Januari tahun hadapan, sebelum musim kemuncak pelancong seterusnya.
Bas persiaran yang memasuki NUS akan perlu mendaftar bagi slot kecuali pelancong yang sudahpun mendaftar bagi lawatan yang dikendalikan oleh duta pelajar.
Keutamaan akan diberikan kepada bas pesiaran yang membawa pengunjung ke program dan acara rasmi.
NUS menyatakan pendaftaran bagi bas pesiaran akan membantu dalam memastikan trafik yang lancar, keselamatan pejalan kaki dan pengendalian khidmat bas ulang-alik dalam kampus yang berkesan.
Notis tersebut, yang ditandatangani oleh Profesor Madya Daniel Goh, provost sekutu bagi pendidikan sarjana muda, menyatakan bahawa NUS sedang berusaha untuk memperbaiki "huraian pengawalan akses", yang akan membenarkan pelawat dan rakan kongsi rasmi - seperti peserta persidangan, kolaborator penyelidikan dan tenaga pengajar serta pelawat alumni - mendapat akses kepada kemudahan kampus.
Sejak 14 Ogos, NUS telah mengetatkan pengawalan akses di semua perpustakaannya. Ia juga meningkatkan pemantauan dan keselamatan untuk mengelakkan sebarang pencerobohan.
Dalam notis tersebut, Prof Madya Goh menarik perhatian bahawa musim pelancong yang sedang berlangsung, akan berakhir pada hujung Ogos ini.
NUS bukan satu-satunya universiti Singapura yang sedang menangani isu sedemikian melibatkan ramai pelancong.
Awal tahun ini, Universiti Teknologi Nanyang (NTU) melaksanakan beberapa langkah, termasuk mengenakan bayaran masuk kepada pelancong dan memerlukan pendaftaran online bagi kumpulan pelancong.

Sumber : CNA/AY/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.