Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

NUHS lancarkan 2 teknik baru pembedahan rawat kes pembekuan darah

Proses pemulihan yang lebih lancar bagi para pesakit yang mengalami masalah pembekuan darah yang mengancam nyawa termasuk mereka yang dijangkiti COVID-19.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 13 Jan 2022 09:02PM Dikemas Kini : 13 Jan 2022 11:35PM

SINGAPURA: Proses pemulihan yang lebih lancar bagi para pesakit yang mengalami masalah pembekuan darah yang mengancam nyawa termasuk mereka yang dijangkiti COVID-19.

Dua teknik pembedahan baru yang pertama seumpamanya di rantau ini dilancarkan oleh Sistem Kesihatan Universiti Nasional (NUHS) dan setakat ini, 13 pesakit sudah dirawat menggunakan kaedah tersebut.

Setiap tahun, kira-kira 170 pesakit di hospital-hospital di bawah NUHS didiagnos dengan embolisme pulmonari. Ia merupakan kondisi di mana pembekuan darah berlaku di bahagian kaki, pelvis atau perut. Ia kemudian boleh bergerak melalui saluran darah ke bahagian lain badan.

Kadangkala, pembekuan berlaku di bahagian arteri dan menghalang aliran darah ke paru-paru.

Sekitar 20 peratus kes tempatan berisiko rendah manakala bakinya berisiko tinggi atau pertengahan. Lantaran itu, para doktor memperkenalkan teknik baru untuk memperbaiki penjagaan pesakit.

Ini dengan menggunakan sebuah tiub yang dimasukkan ke dalam badan pesakit untuk mengeluarkan pembekuan darah daripada bahagian paru-paru.

Bagi kes berisiko pertengahan, doktor menyuntik ubat antibeku gumpal darah ke dalam badan. Pesakit kemudian akan menghabiskan sekurang-kurangnya seminggu di ICU sementara menunggu gumpalan itu larut. Namun, kaedah ini menimbulkan risiko pendarahan di dalam otak.

Untuk menghuraikan komplikasi tersebut, doktor-doktor menggunakan satu lagi cara menggunakan ultra bunyi dan tiub tipis dipanggil 'catheter'. Alat-alat itu akan dapat memasukkan ubat untuk menghilangkan gumpalan darah sekali gus mengurangkan risiko bagi para pesakit.

Proses itu juga akan dapat mengurangkan keperluan katil-katil ICU yang amat diperlukan semasa pandemik COVID-19 sekarang.

Sumber : CNA/HK/fz

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa