Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

NUHS, ARIA setuju bentuk program komersil bersama tawar peluang kepada pelopor pembaharuan bidang teknologi perubatan

Sistem Kesihatan Universiti Nasional (NUHS) dan Asia Research & Innovation Alliance Limited bersetuju membentuk dana modal usaha baru dan program komersil berjumlah S$50 juta.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 29 Oct 2020 09:06PM Dikemas Kini : 29 Oct 2020 09:41PM

SINGAPURA: Sistem Kesihatan Universiti Nasional (NUHS) dan Asia Research & Innovation Alliance Limited bersetuju membentuk dana modal usaha baru dan program komersil berjumlah S$50 juta.

Tujuannya untuk membuka lebih banyak peluang kepada pelopor pembaharuan dalam bidang teknologi perubatan di dalam dan luar negara.

Sebuah projek yang disokong oleh Inovasi dalam Jagaan Kesihatan (CIH) NUHS adalah sensor tag yang dapat mengesan pendarahan dengan cepat.

Sensor tag itu hanya perlu dijahit ke badan pesakit selepas menjalani pendarahan.

Ia juga boleh digunakan seawal bulan depan, sekiranya mendapat kelulusan pada tahap seterusnya dalam ujian terhadap manusia.

Satu lagi inovasi disasarkan kepada golongan wanita hamil yang berisiko tinggi, membolehkan mereka untuk mengira kadar degupan jantung janin tanpa perlu ke hospital.

Sementara senario-senario realiti maya disasarkan untuk doktor pelatih dan jururawat menjalani latihan prosedur-prosedur di jabatan kecemasan.

10 syarikat pemula akan dipilih untuk menjalani program inovasi komersil dalam suku pertama tahun depan.

Syarikat-syarikat yang terpilih akan menjalani proses tersebut selama lima bulan sebelum boleh memanfaatkan dana tersebut. 

Sumber : CNA/UR/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan