NUH sasar kurangkan sisa sebanyak 60% jelang 2030
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Hospital Universiti Nasional (NUH) ingin meningkatkan langkah untuk menjadi lebih mesra alam, didorong kejayaan pelbagai inisiatifnya sebelum ini.
Ia berhasrat untuk mengurangkan sisa makanan dan penggunaan elektrik.
Dalam tempoh hanya setahun, NUH berjaya menjimatkan bil elektrik sebanyak $320,000 menerusi pelbagai usaha hijau yang diterapkan.
Ini termasuk mengurangkan aliran udara di bilik bedah apabila kemudahan itu tidak digunakan.
Langkah tersebut dapat membantu menjimatkan sekitar 40 peratus penggunaan tenaga.
Seiring usaha untuk mencapai pelepasan sifar bersih pada tahun 2045, NUH juga akan beralih kepada gas anestetik yang lebih mesra alam sekitar.
Hospital itu mahu mengurangkan sebanyak 60 peratus sisa yang dihasilkan menjelang 2030.
Antara caranya, mengurangkan jumlah makanan bagi setiap pesakit sebanyak 30 gram.
Ini dapat mengurangkan pembaziran hampir 2,000 kilogram beras setahun.
Selain itu, pihak NUH juga ingin mengurangkan penggunaan plastik.

Sumber : CNA/IA/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.