NUH jalani pembangunan semula; tingkatkan kapasiti kepada 1,500 katil jelang 2038
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar fail NUH di Singapura. (Gambar: CNA/Syamil Sapari)
SINGAPURA: Hospital Universiti Nasional (NUH) akan meningkatkan kapasitinya sebagai sebahagian daripada sebuah projek pembangunan semula besar-besaran, di mana ia akan meningkatkan jumlah katil dari 1,200 kepada 1,500 menjelang 2038.
Semasa berucap di acara sambutan ulang tahun ke-40 NUH pada Sabtu (22 Feb), Menteri Kesihatan Ong Ye Kung berkata separuh daripada katil-katil hospital sedia ada di NUH akan digantikan menjelang 2033.
Menerusi projek pembangunan semula itu, NUH dijangka menjadi sebuah pusat perubatan yang canggih di mana teknologi menjadi tumpuan utama dan operasi penjagaan kesihatan berkembang untuk memenuhi keperluan masa hadapan.
"Peralihan akan dilaksanakan daripada hospital kepada masyarakat dari segi pemberian penjagaan.
"Semakin ramai kakitangan akan dikerahkan untuk bekerja dalam pelbagai persekitaran, terutama sekali dalam masyarakat dan lebih dekat dengan rumah-rumah kediaman.
"Jadi NUH sebagai sebuah jenama, identiti, tidak lagi sinonim sebagai sebuah hospital, tetapi sebagai sebuah sistem kesihatan, dari jagaan jangka pendek hingga pencegahan, dari penyembuhan kepada pemulihan hingga ke paliatif, bagi para penduduk di kawasan barat Singapura," kata Encik Ong.
Sejak dibuka pada 1985, NUH telah mencapai pelbagai peristiwa penting, termasuk menjalankan pemindahan hati pertama yang berjaya di Singapura.
Kini, NUH adalah sebuah institusi penjagaan kesihatan terkemuka, dengan lebih 1,200 katil.
Ia terus menerajui inovasi perubatan, menawarkan penjagaan pesakit yang bermutu tinggi dengan pendekatan rawatan yang canggih.
Menjelang 2038, kapasiti katil di NUH dijangka meningkat kepada 1,500.
Selain itu, NUH dijangka menjadi lebih mesra pengguna.
Antara kawasan utama yang akan dipertingkatkan termasuk jabatan kecemasan, dewan pembedahan dan klinik-klinik pakar pesakit luar.
NUH akan tetap beroperasi sepenuhnya walaupun di tengah-tengah kerja-kerja penambahbaikan yang dijalankan.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.