Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

NUH guna AI dapatkan hasil imbasan MRI tulang belakang dengan lebih pantas

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 11 Sep 2024 07:43PM Dikemas Kini : 11 Sep 2024 09:18PM
SINGAPURA: Sebuah pasukan perubatan di Hospital Universiti Nasional (NUH) menggunakan Kecerdasan Buatan (AI) untuk mendiagnosis dan menganalisis imbasan MRI tulang belakang dengan lebih pantas.

Sebelum ini, pasukan perubatan hospital itu mengambil masa antara dua hingga tiga hari untuk mendapatkan laporan imbasan MRI tersebut.

"Jadi dalam kes ini, saya boleh mendapatkan laporannya dalam masa satu hari. Berdasarkan laporan dan imej, ia mengesahkan diagnosis saya," kongsi Konsultan, Jabatan Pembedahan Ortopedik NUH Dr Jonathan Tan.

NUH juga menggunakan video yang dihasilkan AI untuk menerangkan dengan lebih jelas kepada para pesakit barah buah pinggang mengenai prosedur pembedahan.

Jabatan urologi NUH bekerjasama dengan para mahasiswa perubatan NUS, menerusi program-program elektif, untuk mengajar mereka cara menerbitkan video seumpama itu dengan menggunakan AI generatif.

Video-video itu kemudian akan diteliti oleh para pakar bagi memastikan ia tepat. Langkah seterusnya adalah untuk menyediakan video dalam bahasa yang berbeza.

NUH berharap dapat memperluas sistem pembelajaran mendalam bagi prosedur pembedahan kepada disiplin-disiplin lain.
Sumber : CNA/FZ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan