NTUC tawar lebih setengah juta buku teks terpakai tahun ini
Lebih setengah juta naskah buku mungkin ditawarkan secara percuma kepada para pelajar susah tahun ini.
SINGAPURA: Lebih setengah juta naskah buku mungkin ditawarkan secara percuma kepada para pelajar susah tahun ini.
Ia sebahagian daripada projek Share-A-Textbook NTUC.
Projek yang dilancarkan oleh Menteri Kedua Pendidikan Cik Indranee Rajah siang tadi (29 Okt), masuk tahun ke-37.
Ia akan melibatkan lebih 170 cawangan FairPrice yang menjadi pusat mengambil buku di merata Singapura.
Projek itu menggalak penggunaan semula buku-buku teks di samping menggalak semangat memberi.
FairPrice sedang mencari lebih 1,000 sukarelawan bagi membantu proses mengagihkan buku-buku tersebut.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.