Skip to main content

Singapura

NTUC tawar diskaun mingguan 50% kepada anggota kesatuan mulai 27 April

Anggaran Waktu Membaca:
NTUC tawar diskaun mingguan 50%  kepada anggota kesatuan mulai 27 April

Gambar fail sebuah pasar raya NTUC FairPrice.

SINGAPURA: Rangkaian pasar raya Fairprice menawarkan potongan harga sebanyak 50 peratus bagi barangan keperluan terpilih, supaya ia lebih dimampui bagi sesetengah pelanggan.

Mulai Khamis (27 Apr), dua jenis beras akan dijual pada separuh harga bagi anggota NTUC Union dan Link.

Kedua-duanya merupakan jenis beras paling popular di rangkaian pasar raya itu.

Beras popular jenama Golden Phoenix Hom Mali Thai yang selalunya dijual pada harga S$26.90 seguni 10 kilogram akan dijual pada harga S$13.45 dan beras Thailand Golden Royal Dragon White Fragrant Rice seberat 5 kilogram akan dijual pada harga S$5.90 berbanding S$11.80 sebelum diskaun.

Ia antara barangan keperluan asas pertama yang dijual pada potongan harga setiap minggu, bermula setiap hari Khamis sepanjang empat minggu akan datang.

Produk yang akan dijual pada separuh harga, pada tarikh lain belum diumumkan.

Tawaran itu diberikan di samping program-program penjimatan kos lain untuk warga emas dan anggota yang memerlukan bantuan kewangan.

Sehubungan itu, rangkaian kedai kopi Kopitiam pula akan mengadakan semula tawaran minuman kopi dan teh pada harga 50 sen bagi anggota kesatuan NTUC pada Hari Buruh ini.

Menurut Fairprice, potongan harga itu melibatkan penjimatan sekitar S$2 juta secara keseluruhan.

Produk yang akan dijual pada separuh harga, pada tarikh lain belum diumumkan.

"Tahun ini, kami memahami tekanan kos sara hidup yang semakin meningkat. Dan saya gembira kerana sempena Hari Buruh, FairPrice Group akan memperkenalkan pelbagai diskaun berbeza untuk membantu menampung kos sara hidup, bermula dengan apa yang kami makan di Singapura," ujarnya.
Sumber : CNA/HA/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita