Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

NTUC tarik diri tawar kendalikan padang golf awam di SICC Bukit, peluang ditawarkan kepada Keppel Club

Pergerakan Buruh tidak akan mengambil tawaran untuk mengendalikan lokasi Singapore Island Country Club (SICC) di Bukit sebagai padang golf awam apabila tempoh sewanya berakhir pada 31 Dis, 2021. Ini adalah disebabkan oleh "pertimbangan kewangan".

Anggaran Waktu Membaca:
NTUC tarik diri tawar kendalikan padang golf awam di SICC Bukit, peluang ditawarkan kepada Keppel Club

Gambar fail Singapore Island Country Club. (Gambar: TODAY)

Diterbitkan : 07 Oct 2020 10:25PM Dikemas Kini : 07 Oct 2020 10:28PM

SINGAPURA: Pergerakan Buruh tidak akan mengambil tawaran untuk mengendalikan lokasi Singapore Island Country Club (SICC) di Bukit sebagai padang golf awam apabila tempoh sewanya berakhir pada 31 Dis, 2021. Ini adalah disebabkan oleh "pertimbangan kewangan".

Keppel Club yang tempoh sewanya bagi tapak di Bukit Chermin berakhir pada 31 Dis tahun depan, diberi peluang untuk mengendalikan padang golf awam itu bersama SICC dari 1 Jan 2022 hingga 31 Dis 2030, menurut Kementeri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia (MCCY) dalam satu kenyataan bersama pada Rabu (7 Okt).

Menurut satu kenyataan pada 2014, Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC) ditawarkan peluang untuk mengendalikan satu daripada dua padang golf di lokasi SICC di Bukit sebagai sebuah padang golf awam, apabila tamat tempoh sewanya.

Padang golf itu dirancang "dikendalikan oleh Pergerakan Buruh bagi manfaat orang awam dan anggota pergerakan buruh", menurut Kementerian Undang-Undang.

"PERTIMBANGAN KEWANGAN"

Bagaimanapun, pihak berkuasa menarik perhatian dalam satu kenyataan bersama pada Rabu bahawa NTUC kini menarik diri daripada tawaran itu.

"Pergerakan Buruh memaklumkan bahawa menyusuli satu semakan semula, Pergerakan Buruh sudah menilai bahawa pihaknya tidak akan menerima tawaran untuk mengendalikan padang golf dengan SICC mulai 1 Jan 2022 hingga 31 Dis 2030, dek pertimbangan kewangan," menurut kenyataan bersama itu.

"Dengan keputusan Gerakan Buruh untuk menarik diri, terdapat keperluan bagi pihak lain untuk mengendalikan padang golf awam di SICC Bukit setelah tempoh sewa SICC tamat."

Kenyataan itu menambah bahawa Keppel Club mempunyai kepakaran dan pengalaman yang diperlukan, dan pelibatannya dalam operasi padang golf awam akan menawarkan akses bermain golf kepada lebih ramai orang.

Kementerian-kementerian itu menambah bahawa Pemerintah "kekal bersiap sedia" untuk menawarkan kepada SICC bagi tempoh sewanya di padang golf SICC Bukit diperbaharui sehingga 31 Dis 2030. Ini sekiranya kedua-dua kelab boleh mencapai persetujuan berkongsi padang golf di SICC Bukit.

SICC kini mengendalikan dua lagi padang golf.

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan