Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

NTUC 'sokong sepenuhnya' usaha pemerintah perkukuh perlindungan bagi pekerja tempatan

Gerakan buruh Singapura "menyokong sepenuhnya" usaha-usaha pemerintah untuk melindungi para pekerja tempatan daripada "persaingan global dan gangguan ekonomi".

Anggaran Waktu Membaca:
NTUC 'sokong sepenuhnya' usaha pemerintah perkukuh perlindungan bagi pekerja tempatan

Gambar fail: Calvin Oh

Diterbitkan : 11 Jul 2021 09:29PM Dikemas Kini : 11 Jul 2021 09:34PM

SINGAPURA: Gerakan buruh Singapura "menyokong sepenuhnya" usaha-usaha pemerintah untuk melindungi para pekerja tempatan daripada "persaingan global dan gangguan ekonomi".

Demikian menurut Timbalan Setiausaha Agung NTUC Chee Hong Tat hari ini (11 Jul).

Dalam satu catatan Facebook, Encik Chee berikrar akan memperkukuh sokongan bagi tenaga kerja rakyat Singapura dan melabur dalam melatih dan menambah kemahiran pekerja tempatan.

Komen-komen beliau itu menyusuli kenyataan-kenyataan Menteri Kesihatan Ong Ye Kung dan Menteri Tenaga Manusia Tan See Leng minggu lalu tentang pentingnya perjanjian-perjanjian perdagangan bebas (FTA) dalam pembangunan dan ekonomi Singapura.

"Kami tahu FTA... membawa manfaat kepada para pekerja tempatan kita," kata Encik Chee.

"Tanpa pelaburan asing dan tenaga kerja hijrahan, kami tidak akan dapat mencapai pertumbuhan ekonomi dan kemakmuran yang kita menikmati hari ini dan para pekerja rakyat Singapura pula akan berada dalam keadaan lebih teruk," tambah beliau.

"Pelaburan asing dan tenaga kerja hijrahan membolehkan kita membangun dengan lebih pesat lagi dan mewujudkan peluang-peluang pekerjaan yang lebih baik untuk rakyat Singapura.

"Sewaktu kemelesetan ekonomi, para pekerja hijrahan membantu mengurangkan kesan, yang jika tidak, akan menimpa rakyat Singapura sahaja," jelas Encik Chee.

Beliau akur bahawa "terdapat keprihatinan-keprihatinan jelas terhadap para pekerja hijrahan yang bekerja dan menetap di Singapura dan ia bukan selalunya mudah untuk meyakinkan orang ramai tentang mengapa kita tidak boleh mewujudkan lebih banyak pekerjaan untuk rakyat tempatan tanpa persaingan daripada para pekerja hijrahan".

Caranya adalah untuk "mencari keseimbangan yang realistik", ujar beliau.

Encik Chee menarik perhatihan bahawa para pekerja tempatan "dilindungi...sepanjang krisis COVID-19 dan daripada kemelesatan paling teruk dalam sejarah kita".

Pengambilan pekerja di Singapura secara keseluruhannya berkurangan sebanyak 166,600 pada 2020 disebabkan oleh kemerosotan 181,500 dalam jumlah pengambilan pekerja bukan penduduk. Namun, pengambilan pekerja tempatan bertambah dalam tempoh yang sama, sebanyak 14,900, dedah Encik Chee.

Beliau berkata ia sebahagiannya disebabkan "skim-skim sokongan murah hati" pemerintah dan "jaringan-jaringan keselamatan" yang disediakan termasuk Skim Tambahan Pendapatan Daya Kerja (WIS), Skim Bantuan Pendapatan bagi Individu yang Bekerja Sendiri, Skim Bantuan Pekerjaan (JSS) dan Program Insentif Pertumbuhan Pekerjaan.

Pemerintah juga memberi tumpuan teliti dalam menguruskan kemasukan pekerja hijarahan, kata Encik Chee.

Beliau berkata NTUC akan "terus berusaha ... untuk memastikan pertimbangan saksama bagi rakyat Singapura dari segi pengambilan pekerja dan pertumbuhan kerjaya" dan "akan meneliti kesemua pilihan untuk memperkukuh sokongan kepada tenaga kerja rakyat Singapura", termasuk undang-undang antidiskriminasi.

Sumber : CNA/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan