Skip to main content

Singapura

NTUC sasar bantu tingkatkan daya kerja banduan

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 13 Mar 2023 08:04PM Dikemas Kini : 13 Mar 2023 08:54PM

SINGAPURA: Sukar mendapat kerja disebabkan ada rekod jenayah.

Kebimbangan itu antara yang disuarakan banduan di penjara berhubung bagaimana nanti kehidupan mereka selepas dibebaskan.

Pergerakan buruh NTUC kini buat pertama kalinya mahu menyasarkan segmen pekerja sedemikian dalam usaha meningkatkan daya kerja mereka.

Diskriminasi dan kurangnya peluang kerjaya adalah antara kebimbangan utama kumpulan itu jika mereka mahu memasuki semula sektor pekerjaan.

Ini disuarakan semasa tiga sesi pertemuan anjuran NTUC di penjara.

Pertemuan itu adalah sebahagian daripada usaha NTUC mahu memberi insentif kepada syarikat supaya mengambil bekas banduan.

Insentif itu termasuklah bantuan gaji sehingga 20 peratus.

Selama menjalani hukuman di penjara, mereka antara lain mendapat latihan dan kemahiran teknikal seperti bengkel kejuruteraan jitu, serta juga mengikuti GCE 'O' dan 'A'.

Sokongan lain yang mereka perlukan termasuk khidmat jurulatih kerjaya.

"Mereka boleh kongsi dengan kami industri mana yang paling sesuai untuk kami. Kemudian mereka boleh nasihatkan kami kursus yang kami perlu ikuti. Jadi, sekurang-kurangnya kami tahu hala tuju kami daripada tiada arah dan pilih sebarang pekerjaan," kata 'Jerry', seorang banduan di Kompleks Penjara Changi.

Menurut Reben Kuning Singapura, ada 12 kerja kosong menanti setiap banduan selepas mereka dibebaskan.

Namun demikian, NTUC menyatakan, kejayaan memadankan pekerjaan pada akhirnya bergantung kepada keazaman banduan itu sendiri untuk berubah.
 

Setiausaha Agung NTUC Encik Ng Chee Meng berkata:
"Saya mengingatkan kumpulan banduan ini bahawa mereka perlu mainkan peranan juga. Jauhi jenayah, mulakan hidup baru. Jadilah contoh kepada banduan lain yang mungkin mencari permulaan baru juga."

Diskriminasi dan kurangnya peluang kerjaya.

Itulah antara kebimbangan utama tahanan penjara jika mahu memasuki semula sektor pekerjaan.

Ini disuarakan semasa tiga sesi pertemuan anjuran NTUC di penjara.

Pertemuan ini adalah sebahagian daripada usaha NTUC mahu memberi insentif kepada syarikat-syarikat supaya mengambil bekas-bekas banduan.

Insentif itu termasuklah bantuan gaji sehingga 20 peratus.

Tahanan-tahanan penjara antara lain mendapat latihan dan kemahiran teknikal dalam penjara seperti bengkel kejuruteraan jitu, serta juga mengikuti GCE 'O' dan 'A'.

Sokongan lain yang mereka perlukan termasuklah khidmat jurulatih kerjaya.

Mereka boleh kongsi dengan kami industri mana yang paling sesuai untuk kami. Kemudian mereka boleh nasihatkan kami kursus yang kami perlu ikuti. Jadi, sekurang-kurangnya kami tahu hala tuju kami daripada tiada arah dan pilih sebarang pekerjaan.

Menurut Reben Kuning Singapura, ada 12 kerja kosong menanti setiap banduan setelah mereka dibebaskan.

Namun demikian, NTUC menyatakan, kejayaan memadankan pekerjaan pada akhirnya bergantung kepada keazaman banduan sendiri untuk berubah.

"Saya ingatkan para tahanan bahawa mereka perlu melakukan peranan mereka juga. Jauhi jenayah, mulakan hidup baru. Jadilah contoh kepada tahanan lain yang mungkin mencari permulaan baru juga," kata Setiausaha Agung NTUC, Ng Chee Meng.

NTUC kata beliau akan terus menyokong golongan ini.

Sumber : CNA/SU/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita