Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

NTUC saran pekerja warga emas diberi peluang tingkatkan kemahiran

Anggaran Waktu Membaca:
NTUC saran pekerja warga emas diberi peluang tingkatkan kemahiran

Pekerja lanjut usia dalam seragam membungkus makanan tengah hari mereka. (Gambar fail: Calvin Oh/CNA)

SINGAPURA: NTUC menyarankan agar golongan pekerja yang lebih tua diberi lebih banyak peluang untuk meningkatkan kemahiran.

Pergerakan buruh tersebut menyatakan bahawa syarikat-syarikat perlu menubuhkan jawatankuasa bagi menyokong latihan pekerja.

Menurut NTUC, langkah sedemikian boleh menangani cabaran-cabaran yang timbul kerana keadaan tenaga kerja yang menua di negara ini.

Ia juga membantu para pekerja menyesuaikan diri dengan model perniagaan yang berubah.

NTUC membentangkan dapatan-dapatan itu selepas mengadakan sesi mendampingi pekerja selama setahun bagi memahami keprihatinan mereka.

Di sesi-sesi pendampingan tersebut, kebanyakan pekerja mampan berkata mereka tidak mendapat peluang meningkatkan kemahiran, sebanyak yang diberi kepada rakan-rakan mereka yang lebih muda.

Sebilangan daripada mereka berkata bahawa para majikan mempunyai prasangka dan andaian yang salah terhadap pekerja-pekerja mampan.

Misalnya, mengenai keupayaan atau kesediaan mereka untuk menimba kemahiran baharu.
Sumber : CNA/MU/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan