Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

NTUC ‘realistik’ tentang cabaran mendatang, akan terus jaga, wujudkan kerja baru: Ng Chee Meng

Majlis Keselamatan Pekerjaan Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC) berjaya memadankan lebih 10,000 pekerja dengan pekerjaan baru sejak penubuhannya pada Februari, namun "masih banyak yang perlu dilakukan", kata setiausaha agung NTUC Ng Chee Meng pada Khamis (Jun 4).

Anggaran Waktu Membaca:
NTUC ‘realistik’ tentang cabaran mendatang, akan terus jaga, wujudkan kerja baru: Ng Chee Meng

Pemeriksaan suhu badan di luar One Raffles Place (Gambar fail: Jeremy Long)

Diterbitkan : 05 Jun 2020 12:27AM Dikemas Kini : 05 Jun 2020 12:45AM

SINGAPURA: Majlis Keselamatan Pekerjaan Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC) berjaya memadankan lebih 10,000 pekerja dengan pekerjaan baru sejak penubuhannya pada Februari, namun "masih banyak yang perlu dilakukan", kata setiausaha agung NTUC Ng Chee Meng pada Khamis (Jun 4).

Dalam ucapannya di Parlimen, Encik Ng berkata bahawa NTUC telah bekerjasama dengan syarikat penerbangan yang terjejas teruk, memadankan pekerja dengan pekerjaan baru dalam kerja-kerja masyarakat, penjagaan kesihatan dan dalam kumpulan syarikat NTUC FairPrice, sehingga membantu syarikat-syarikat tersebut daripada memberhentikan pekerja mereka.

Selai menjamin dan mengekalkan pekerjaan, NTUC akan terus bekerjasama dengan syarikat-syarikat yang "memiliki keupayaan dan visi" untuk merebut peluang yang muncul dari pandemik COVID-19, tambah beliau.

Untuk membantu syarikat melakarkan laluan pemulihan daripada COVID-19 dan memanfaatkan teknologi baru, NTUC bekerjasama rapat dengan syarikat-syarikat Temasek untuk mendorong Jawatankuasa Latihan Syarikat (CTC) dan mempersiapkan pekerja bagi visi Industri 4.0.

SOKONGAN S$1.6 juta UNTUK BANTU SYARIKAT URUSKAN KOS

Encik Ng akur bahawa Singapura berdepan dengan cabaran dan NTUC "realistik" mengenai kerja-kerja yang perlu dilakukan.

"Kita telah memantapkan penularan COVID-19 dalam masyarakat, tetapi masih banyak yang perlu kita lakukan untuk mengatasi cabaran ekonomi yang jelas. Banyak syarikat berada di ambang kegagalan dan ramai pekerja menghadapi cabaran. "

Beliau kehilangan pekerjaan akan tetap berlaku meskipun ada upaya untuk mengekalkan pekerjaan, seperti Skim Bantuan Pekerjaan (JSS).

Selain menyokong JSS, NTUC juga membantu perniagaan mengakses alat lain untuk memastikan kos dapat dikendalikan.

"Pada Mei sahaja, Hab Pembelajaran NTUC membantu lebih daripada 500 syarikat." dedah Encik Ng. "Apabila mereka menghantar pekerja mereka untuk menjalani latihan secara kumulatif dari 20,000 hari, syarikat-syarikat ini menerima bayaran sehingga S$80 sehari bagi setiap pekerja yang mereka hantar."

"Sekiranya anda membuat kiraan, jumlah sokongan adalah sehingga S$1.6 juta."


Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Android dan langgani saluran Telegram kami bagi perkembangan terkini COVID-19: https://t.me/BERITAmediacorp

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan