NTUC peruntuk geran S$2.5 juta bagi pelajar posmenengah pertingkat kemahiran kepimpinan
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC) mengumumkan geran baharu bernilai S$750,000 bagi mengasah kemahiran kepimpinan para penuntut dari institusi pos-menengah.
Ia termasuk Institut Pendidikan Teknikal (ITE), Politeknik Temasek dan Institut Teknologi Singapura (SIT).
Inisiatif baharu itu sebahagian daripada geran bernilai S$2.5 juta untuk membangunkan golongan belia tempatan.
Di bawah geran Anugerah Permulaan NTUC atau NTUC Starter Awards, para penuntut akan diberikan geran antara S$6,000 hingga S$16,000.
Mereka juga akan menjalani program pembangunan kepimpinan selama setahun, iaitu termasuk program mentor, membina rangkaian dan peluang untuk ke luar negara.
Permohonan untuk geran itu dibuka pada 2 September dan ditutup pada 30 September.

Sumber : CNA/HA/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.