Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

NTUC pertimbang lindungi pekerjaan dalam sesetengah sektor seperti HR

Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC) sedang meneroka bagaimana lebih banyak peluang pekerjaan untuk golongan karyawan, pengurus dan eksekutif (PME) dapat disediakan.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 29 Apr 2021 10:01PM Dikemas Kini : 29 Apr 2021 10:04PM

SINGAPURA: Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC) sedang meneroka bagaimana lebih banyak peluang pekerjaan untuk golongan karyawan, pengurus dan eksekutif (PME) dapat disediakan.

Ketua pergerakan buruh Encik Ng Chee Meng berkata jaringan keselamatan seperti itu boleh disediakan untuk golongan PME matang yang lazimnya sukar mencari pekerjaan selepas diberhentikan kerja.

Sebagai contoh, peranan HR (Sumber Manusia) yang tidak memerlukan teknologi khusus adalah pekerjaan yang sesuai untuk mereka.

NTUC menyatakan pertemuannya dengan sekitar 8,000 golongan PME baru-baru ini mendedahkan isu keselamatan dan peluang pekerjaan serta peningkatan kerjaya menjadi keprihatinan utama golongan tersebut.

Encik Ng menambah meskipun golongan PME merangkumi sekitar 60 peratus tenaga kerja di negara ini, hanya sekitar satu peratus menjadi ahli kesatuan sekerja.

Maka itu, beliau menyeru lebih ramai golongan PME menyertai kesatuan sekerja agar dapat memberikan suara yang lebih besar dan menawarkan lebih banyak perlindungan.

"Terutamanya bagi para PME berusia 50 hingga 60-an tahun. Apabila mereka diberhentikan kerja, mereka mendapati sukar untuk kembali semula ke dalam pasaran pekerjaan, sama ada secara kenyataan atau berdasarkan perasaan mereka.

"Mereka beranggapan ada amalan-amalan yang berat sebelah terhadap diri mereka. Ini mempunyai kesan berterusan sehingga ke golongan berusia 40-an tahun di mana tahap kebimbangan meningkat," jelas Encik Ng lanjut.  

Sumber : CNA/RR/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan