NTUC perkenal geran S$1.2 juta biaya kos pengajian tinggi anak ahli bergaji rendah
Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC) memperkenalkan geran bernilai S$1.2 juta untuk menyokong anak-anak ahlinya yang berpendapatan rendah bagi menamatkan pendidikan tinggi sepenuh masa mereka.
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC) memperkenalkan geran bernilai S$1.2 juta untuk menyokong anak-anak ahlinya yang berpendapatan rendah bagi menamatkan pendidikan tinggi sepenuh masa mereka.
Diumumkan semasa Pesta Keluarga Hari Buruh NTUC siang tadi (25 Mei), ia merupakan geran jangka panjang yang pertama ditawarkan gerakan buruh tersebut.
Bukan seperti bantuan sekali sahaja seperti program-program sedia ada, geran itu menawarkan sokongan berterusan sehingga pelajar berkenaan lulus pengajian tinggi atau untuk tempoh maksimum empat tahun.
Permohonan dibuka dari 27 Mei ini dan ahli NTUC yang layak boleh membuat permohonan melalui sistem OneCare NTUC.

Sumber : CNA/HA/ha
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.