Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

NTUC mungkin perkenal model gaji progresif ke sektor pengurusan sisa

NTUC sedang dalam perbincangan dengan pemerintah dan pihak majikan untuk memperkenalkan model gaji progresif ke sektor pengurusan sisa - satu langkah yang boleh memanfaatkan sekitar 5,000 pekerja. 

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 22 Oct 2020 10:01PM Dikemas Kini : 22 Oct 2020 10:06PM

SINGAPURA: NTUC sedang dalam perbincangan dengan pemerintah dan pihak majikan untuk memperkenalkan model gaji progresif ke sektor pengurusan sisa - satu langkah yang boleh memanfaatkan sekitar 5,000 pekerja.

Matlamat kesatuan itu adalah menaikkan pendapatan pekerja bergaji rendah menerusi peningkatan kemahiran dan daya penghasilan. Perinciannya bagaimanapun belum lagi dimuktamadkan.

Bercakap kepada para wartawan semasa satu lawatan ke sebuah syarikat pengurusan sisa siang tadi (22 Okt), Setiausaha Agung NTUC Ng Chee Meng berkata kesatuan itu sedang menyelaraskan prosesnya di dalam sektor tersebut.

Hasil semakan itu adalah komitmen baru untuk mendakap teknologi dan meningkatkan daya penghasilan serta keselamatan bagi menarik para pekerja Singapura di samping menggalak pembelajaran dan pembangunan berterusan.

Sekitar 12,000 pekerja dalam sektor kecil pengumpulan sisa am dan kitar semula dijangka meraih manfaat daripada inisiatif tersebut.  

Sumber : CNA/NF/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan