NTUC mahu luaskan program bimbingan dengan 1,200 mentor jelang 2025
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Para belia tidak lama lagi boleh mendapatkan lebih banyak sokongan bagi membantu peralihan mereka meniti ke alam pekerjaan, di bawah satu program bimbingan yang diperluas.
NTUC merancang melibatkan sekitar 1,200 pembimbing atau 'mentor' dalam tempoh tiga tahun akan datang.
Para pembimbing ini juga dipilih dari pelbagai sektor, terutama sektor pekerjaan yang popular dalam kalangan belia seperti sektor kewangan, ICT dan perniagaan.
Program ini diharap dapat mengisi kekurangan khidmat bimbingan sedia ada.
Khidmat-khidmat ini dianggap tidak dikhaskan untuk industri yang sesuai dan lazimnya tidak mempunyai struktur sesuai untuk melengkapi para mentor dengan kemahiran-kemahiran membimbing para belia.
NTUC juga merancang untuk mencipta lebih banyak modul latihan bagi para pembimbing dan juga menyediakan pensijilan profesional bagi para pembimbing industri.
Sesi bimbingan boleh dijalankan secara online ataupun fizikal.
Tinjauan Pasukan Bertindak Belia mendapati lebih separuh daripada belia yang ditinjau mahukan seorang mentor sebelum tamat pengajian mereka ataupun dalam tempoh tiga tahun setelah menyertai alam pekerjaan.
Mereka juga mahukan mentor yang boleh mereka hubungi secara terbuka dan yang menawarkan peluang menjalin rangkaian.
Mereka juga mahukan mentor yang sudah bekerja di dalam industri pilihan selama sekurang-kurangnya lima tahun.
Program bimbingan anjuran NTUC ini adalah selama sekitar empat bulan.

Sumber : CNA/IA/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.