Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

NTUC LHUB lancar kursus teknologi untuk tingkatkan kemahiran tenaga kerja

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 18 Jan 2024 07:46PM Dikemas Kini : 22 Jan 2024 01:15PM
SINGAPURA: Sekurang-kurangnya 6,000 pelatih akan dilengkapi kemahiran teknologi terbaharu menjelang 2026.

Antaranya, pengkomputeran awan, AI generatif dan keselamatan siber.

Ini merupakan tiga bidang yang baru dilancar 'NTUC LearningHub' bagi memupuk bakat di bidang teknologi serta membantu mereka mendapatkan pekerjaan.

Para pelatih akan diberi kemahiran asas teknologi yang dapat membantu mereka mengikuti perkembangan teknologi.

Kurikulum akan dibangunkan bersama dengan syarikat gergasi teknologi seperti Amazon Web Services dan Microsoft.

NTUC LHUB juga akan bekerjasama dengan enam badan lain untuk menjamin pengambilan pekerja bagi yang ikut serta Akademi Kemahiran Teknologi, atau TTA.

UOB di antara syarikat yang komited menempatkan lulusan skim tersebut.

Encik Dean Tong, Ketua Sumber Daya Manusia, UOB berkata: "Kami mempunyai lebih 130 lulusan dalam tempoh beberapa tahun lalu yang bekerja di samping LHUB. Dengan program TTA ini, kamu berharap dapat mengembangkan lagi kumpulan ini ke ruang-ruangan lain yang mungkin kami belum cuba."
Sumber : CNA/AT/AI/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan