Skip to main content

Singapura

NTUC lancar usaha besar-besaran perkukuh perpaduan dengan pekerja, dengar luahan mereka

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 24 Jun 2022 09:45PM Dikemas Kini : 24 Jun 2022 09:47PM

SINGAPURA: Pergerakan buruh melancarkan satu usaha mendampingi para pekerja secara besar-besaran untuk mendengar luahan mereka.

Pemimpin buruh Ng Chee Meng berkata, NTUC sedar tentang keperluan dan aspirasi golongan pekerja yang berubah-ubah.

Oleh itu, inisiatif terbaru itu merupakan sebahagian daripada usaha pihaknya untuk mengukuhkan perpaduan dengan para pekerja. 

Ia juga sejajar dengan agenda "Maju Singapura" oleh para Pemimpin 4G yang merupakan peta hala tuju masa depan negara. 
 
Di bawah agenda itu, pemerintah akan berbincang dengan orang ramai tentang isu-isu seperti ekonomi, perumahan dan pendidikan.

Dalam catatan di Facebook, Encik Ng mengundang orang ramai untuk berkongsi matlamat mereka untuk dekad-dekad akan datang dan bagaimana NTUC boleh membantu serta bekerjasama dalam hal sedemikian.

Tambah beliau, NTUC maklum bahawa golongan pekerja mahu diberi layanan yang adil di tempat kerja serta mencapai sesuatu yang bermakna dalam kerjaya mereka.

Sumber : CNA/IQ/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita