NTUC lancar program rintis bantu golongan muda teroka bidang baru, mulakan kerjaya
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Gerakan buruh bakal melancarkan sebuah program perintis bagi membantu golongan muda yang baru melangkah ke alam pekerjaan untuk meneroka bidang baru serta memulakan kerjaya mereka.
Program yang digelar Makmal Pemula Kerjaya NTUC itu menyasarkan para graduan baru serta mereka yang selesai menjalani Perkhidmatan Negara (NS).
Ini ekoran maklum balas yang diterima daripada golongan belia, yang mengatakan bahawa latihan amali yang bermutu dan bimbingan kerjaya adalah penting dalam membantu mereka membuat peralihan ke alam pekerjaan.
PEKERJAAN SEPENUH MASA SELEPAS LATIHAN AMALI
Geraldine Zhang, 20 tahun, berjaya mendapatkan pekerjaan sepenuh masa di syarikat penerbitan video ini setelah selesai menjalani latihan amali selama enam bulan.
Menurut Cik Geraldine, latihan amali itu memberi beliau pengalaman pekerjaan dalam industri berkenaan serta peluang untuk memanfaatkan kemahirannya.
Bekas pelatih di Vicinity Studio itu berkata: "Walaupun sebagai pelatih, saya turut dilibatkan dalam projek dan bukan setakat sediakan kopi atau lakukan kerja pejabat yang biasa.
"Saya dapat meraih pengalaman bekerja sebagai seorang Penolong Penerbit dan bagaimana bekerja di set penggambaran dan itu adalah salah satu sebab mengapa saya kekal bekerja di sini."
Antara sebab lain termasuk budaya tempat kerja yang mesra serta bimbingan dan petunjuk yang beliau terima daripada para penyelia.
Agensi video itu kini menggajikan 50 pekerja dan merancang untuk mengambil lagi lima pekerja baru.
Ia juga adalah salah satu daripada lebih 100 syarikat yang akan menyertai program perintis Makmal Pemula Kerjaya NTUC menjelang hujung tahun ini.
Di bawah program itu, sekitar 300 hingga 600 belia akan ditawarkan percubaan kerjaya untuk tempoh tiga bulan.
Mereka yang berminat perlu membuat permohonan di tahun di mana mereka tamat pengajian atau selesai menjalani NS.
Setiausaha Agung NTUC, Ng Chee Meng berkata: "Apa yang ingin kami capai adalah untuk membantu para belia yang memasuki pasaran buruh menerusi program bimbingan dengan mentor di dalam syarikat, dengan penyeliaan serta struktur, supaya mereka kurang rasa bimbang apabila membuat peralihan daripada suasana sekolah atau selepas NS, ke tempat kerja.
"Dalam ekosistem yang sama, kami berharap untuk meningkatkan kemahiran mereka, terutama kaum lelaki yang baru sahaja menamatkan NS selepas dua tahun ketinggalan sejurus menyertai industri pilihan mereka."
Gerakan buruh menyatakan matlamatnya adalah untuk membantu pemohon kerja dan pihak syarikat meneroka kesesuaian bekerja bersama, di samping membantu majikan mendapatkan pekerja daripada saluran bakat sedia ada.
Program perintis tersebut akan dilancarkan pada separuh kedua tahun ini.

Sumber : CNA/AI/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.