Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

NTUC lancar program bantu golongan penjaga tangani tekanan kos sara hidup

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 08 Mar 2025 07:06PM Dikemas Kini : 08 Mar 2025 10:16PM
SINGAPURA: Permohonan untuk program yang membantu golongan penjaga berpendapatan rendah, mula dibuka pada pertengahan April ini.

Inisiatif Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC) bertujuan meringankan tekanan kos sara hidup yang dihadapi para penjaga sedemikian, dengan dana S$5.4 juta diperuntukkan sepanjang tiga tahun akan datang.

Dana tersebut dijangka dapat membantu lebih 4,000 penerima setiap tahun, termasuk ibu bapa tunggal dengan anak kecil dan warga emas dalam jagaan mereka.

"NTUC memahami cabaran yang dihadapi oleh para penjaga kita. Mereka perlu mengimbangi tanggungjawab penjagaan di satu pihak, dan di pihak lain, tugas profesional mereka," kata Setiausaha Agung NTUC Ng Chee Meng.

"Melalui Dana Penjagaan NTUC bernilai S$5.4 juta, kami berharap dapat memberi sokongan yang bermakna untuk membantu mereka mengimbangi dengan lebih baik antara kerja dan penjagaan," tambahnya.

Encik Ng berkongsi perkembangan tersebut di acara meraikan Hari Wanita Antarabangsa pada Sabtu (8 Mac) yang dianjurkan bersama oleh NTUC dan sayap wanita PAP.

Lebih 1,000 orang mengambil bahagian dalam pelbagai kegiatan, termasuk acara berjalan kaki dari Taman di Pesisiran ke Pusat NTUC.

Terdapat juga sesi perbincangan panel bagi memperkasa golongan wanita.
Sumber : CNA/IQ/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan