NTUC lancar laluan latihan AI bagi pekerja di setiap peringkat kemahiran, subsidi bagi alat AI
Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC) melancarkan satu inisiatif baharu untuk menyediakan para pekerja bagi kecerdasan buatan (AI), termasuk laluan latihan yang digandingkan dengan subsidi bagi alat AI.
Anggaran Waktu Membaca:
New: You can now listen to articles.
This audio is generated by an AI tool.
SINGAPURA: Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC) melancarkan satu inisiatif baharu untuk menyediakan para pekerja bagi kecerdasan buatan (AI), termasuk laluan latihan yang digandingkan dengan subsidi bagi alat AI.
Setiausaha Agung NTUC Ng Chee Meng mengumumkan pelancaran inisiatif AI-Ready SG di Pesta Kerjaya NTUC pada Jumaat (13 Feb).
Lebih 5,000 peluang pekerjaan oleh lebih 70 majikan ditawarkan di pesta kerjaya selama dua hari di Pusat Konvensyen dan Expo Sands.
"Kami melancarkan inisiatif NTUC AI-Ready SG sebagai sebuah komitmen untuk mendampingi para pekerja, menyokong mereka dalam melalui perubahan dan memastikan peralihan yang adil dan saksama untuk mereka dalam masa hadapan yang dipacu AI," kata Encik Ng.
Beliau menyifatkan inisiatif itu sebagai sebuah "pusat sehenti" yang bertujuan melengkapkan para pekerja dengan kemahiran AI, menyokong syarikat-syarikat dalam transformasi perniagaan dan reka bentuk semula pekerjaan dan meningkatkan padanan pekerjaan.
Ketua buruh itu juga akur mengenai cabaran yang dihadapi oleh para pekerja dan perniagaan berhubung AI.
Jaminan pekerjaan merupakan keprihatinan utama bagi satu daripada lima pekerja dalam tinjauan NTUC terhadap sekitar 2,000 kakitangan yang dijalankan pada lewat 2025.
Kebimbangan terhadap jaminan pekerjaan berpunca daripada ketidakpastian ekonomi, automasi AI dan kebimbangan jikalau kemahiran mereka menjadi tidak lagi relevan, menurut NTUC.
Karyawan, pengurus dan eksekutif juga lebih bimbang mengenai kesan AI terhadap pekerjaan mereka.
Pada masa yang sama, kebanyakan perniagaan terutamanya perusahaan bersaiz kecil dan sederhana, menyatakan mereka mahu mendakap AI tetapi berdepan tekanan kos dan kekangan keupayaan, kata Encik Ng.
"Ini sebab mengapa NTUC harus meningkatkan usaha dan tampil untuk memastikan peralihan Singapura ke sebuah ekonomi didayakan AI adalah adil, inklusif dan mampan bagi semua," katanya.
Encik Ng berucap sehari selepas Kenyataan Belanjawan 2026 dibentangkan, yang termasuk tumpuan pada AI.
Beliau menambah NTUC "dengan sepenuh hati menyokong teras pemerintah untuk memastikan Singapura didayakan AI, sedia AI, baik untuk perniagaan mahupun pekerja".
Belanjawan 2026 turut mengumumkan inisiatif seperti "misi-misi AI" untuk memacu transformasi ekonomi sektor dan penyediaan akses percuma selama 6 bulan bagi alat premium AI, untuk rakyat Singapura yang mengikuti kursus latihan AI terpilih.
LATIHAN, ALAT AI DAN BIMBINGAN
Satu usaha utama di bawah inisiatif AI-Ready SG adalah untuk mengukuhkan kebolehpasaran jangka panjang pekerja dengan membolehkan pembelajaran dan aplikasi kemahiran AI dalam tugas harian mereka, menurut NTUC dalam satu kenyataan media.
Untuk mencapainya, Hab Pembelajaran NTUC akan melancarkan laluan latihan AI yang disesuaikan bagi semua pekerja.
Ia akan dilancarkan pada suku pertama 2026.
Laluan itu disesuaikan mengikut tahap kemahiran pekerja, pekerjaan dan sektor mereka dan dibangunkan berdasarkan jurang kemahiran yang dikenal pasti menerusi pendampingan bersama perniagaan dan industri.
Sebagai contoh, pekerja yang memulakan perjalanan kemahiran AI akan diberikan kurikulum asas untuk membina kemahiran penting dalam AI dan celik digital.
Pekerja dalam pekerjaan yang sangat terjejas oleh AI akan diberikan kurikulum berasaskan sektor dan khusus kepada pekerjaan mereka untuk menerapkan AI dalam aliran kerja mereka dengan lebih berkesan.
Karyawan teknologi dan pengamal AI akan mendapat kurikulum lebih berteraskan latihan amali dan teknikal bagi memudahkan transformasi perniagaan.
Tujuannya adalah untuk memberikan para pekerja titik permulaan jelas dan hala tuju untuk membina kemahiran AI mereka, menurut NTUC.
NTUC juga akan memberi subsidi sehingga 50 peratus terhadap kos langganan alat-alat AI yang layak bagi para anggotanya selama tempoh dua tahun.
Ia akan dilancarkan menjelang separuh pertama 2026.
Subsidi itu bertujuan memberikan anggota NTUC lebih banyak akses kepada alat AI yang meningkatkan daya penghasilan dan menyokong tugas seperti penciptaan dan penulisan kandungan.
Sebuah program Bimbingan Kerjaya Hab Pembelajaran NTUC juga akan menghubungkan para karyawan, pengurus dan eksekutif dengan mentor yang bertauliah dan berpengalaman.
Ini dilakukan melalui sistem padanan skor didayakan AI yang menggandingkan mentee dengan mentor yang sejajar dengan matlamat kerjaya mereka.
TRANSFORMASI PERNIAGAAN
Pada Jumaat, NTUC juga melancarkan buku panduan Sektoral AI bagi pekerja dan perniagaan dalam sektor-sektor yang berdepan paling banyak gangguan oleh AI.
Ini menawarkan cerapan dan sumber praktikal untuk pekerja memulakan perjalanan kemahiran AI mereka, dan bagi syarikat untuk memulakan transformasi perniagaan dan reka bentuk semula kerja.
Tiga buku panduan itu diterbitkan pada Jumaat, dengan tumpuan pada sektor elektronik, marin dan kejuruteraan, sektor hospitaliti dan perniagaan pengguna dan sektor perkhidmatan domestik yang penting.
Jawatankuasa latihan syarikat NTUC dan geran berkaitan akan terus menyokong sokongannya untuk pekerjaan yang lebih baik melalui transformasi perniagaan dan reka bentuk semula kerja, menurut NTUC.
Jawatankuasa latihan syarikat menyatukan pemimpin dan pengurusan kesatuan untuk melakarkan pelan transformasi perniagaan peringkat syarikat yang meningkatkan daya penghasilan.
Menurut NTUC, lebih 13,000 pekerja dijangka meraih manfaat daripada geran jawatankuasa latihan syarikat, dalam bentuk kenaikan gaji, elaun kemahiran dan laluan kerjaya berstruktur.
NTUC menarik perhatian bahawa jumlah projek berkaitan AI di bawah geran tersebut yang dilaksanakan oleh syarikat-syarikat pada 2025 meningkat lebih dua kali ganda berbanding 2024.
Pada Jumaat, Institut Pekerjaan dan Daya Kerja (e2i) NTUC juga memeterai memorandum persefahaman dengan Universiti Nasional Singapura (NUS) dan Institut Teknologi Singapura (SIT) untuk meningkatkan kesediaan kerjaya dan sokongan kebolehpasaran untuk graduan baharu.
Ini akan dilakukan melalui aktiviti padanan pekerjaan bersama, pendampingan industri, pertukaran kemahiran dan inisiatif lain yang bersasar, menurut NTUC.

Sumber : CNA/HA/ha
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.