Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

NTUC ingin tarik lebih banyak SME pertingkat kemahiran pekerja

Anggaran Waktu Membaca:
 NTUC ingin tarik lebih banyak SME pertingkat kemahiran pekerja

(Gambar: TODAY)

Diterbitkan : 10 Apr 2022 07:55PM Dikemas Kini : 10 Apr 2022 07:55PM

SINGAPURA: Pihak kesatuan sekerja mahu membantu golongan pekerja dalam beberapa sektor untuk meningkatkan kemahiran dalam tempoh dua tahun ini.

NTUC ingin mendampingi syarikat-syarikat kecil dalam sektor-sektor tertentu untuk memastikan mereka kekal relevan.

Semasa pandemik, syarikat katering Kitchen Haus Group teruk terjejas apabila banyak acara dibatalkan.

Mujur ia cepat beralih tumpuan dengan membuka kebun tanamannya sendiri serta menyediakan makanan siap dimakan.

Kitchen Haus merupakan rakan kesatuan sekerja sejak 2017 dan ia sudah mendapat banyak bantuan dalam melakukan peralihan tersebut.

Syarikat itu merupakan antara 500 syarikat kecil dan sederhana (SME) yang sudah bergabung dengan pihak NTUC dalam tempoh tiga tahun lalu.

Namun, jumlah itu masih kecil, berbanding sekitar 280,000 syarikat SME di Singapura.

Oleh itu, NTUC berharap untuk mendampingi lebih banyak SME agar para pekerja mereka dapat dibantu untuk menghadapi cabaran ekonomi baru.

Antara industri yang kini mendapat tumpuan adalah pemasangan paip atau 'plumbing'.

Hanya tujuh daripada lebih 360 SME dalam sektor itu telah bergabung dengan NTUC.

Pergerakan buruh itu sudah menyiapkan satu pelan sepuluh tahun bagi meningkatkan kemahiran para pekerja sektor tersebut selain menarik bakat muda.

Mereka akan melalui satu tangga kerjaya yang tersusun serta program latihan tambahan.

Syarikat SME juga akan dibantu untuk menerapkan teknologi ke dalam pekerjaan yang dilakukan.

Sumber : CNA/IQ/fa

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa