NTUC iktiraf 42 pertubuhan atas usaha pertingkat kepentingan pekerja
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Sumbangan 42 pertubuhan dalam mempertingkat gaji, kebajikan dan prospek kakitangan akan diiktiraf di majlis Anugerah Hari Pekerja Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC) pada 10 Mei.
NTUC juga akan memberi anugerah khas kepada empat syarikat, termasuk syarikat pengilangan, bekalan tenaga dan gas serta media.
Syarikat bekalan tenaga dan gas SP Group dan syarikat pengilangan Makino Asia menerima anugerah tertinggi tahun ini.
Kedua-duanya dipuji kerana memberikan bayaran sekali sahaja untuk membantu pekerja menampung kos sara hidup yang meningkat sepanjang beberapa tahun lalu.
Dua syarikat itu juga diiktiraf kerana memberi peluang kepada pekerja untuk mendapatkan kemahiran baharu.
Rangkaian media terbesar negara, Mediacorp juga menerima satu anugerah.
NTUC mengiktiraf usaha Mediacorp untuk memberi kenaikan gaji dan bonus yang adil sedang ia menangani cabaran dalam landskap media.

Sumber : CNA/AY/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.